Renungan hati
Sahabatku sekalian
Berdakwahlah atas nama cintaNya
Berdakwahlah dengan mencari barakah disisiNya
Jangan takut untuk berdakwah
Walau dihujani panah cemuhan dan kejian
hatta dari sesama kita sendiri
Jangan gentar jika dihina lantaran kita berdakwah
Kerna yakinlah Allah bersama kita
Berdakwahlah semata keranaNya
Bukan kerna ingin wang hasil dakwah
mahupun inginkan nama serta sanjungan
Yakinlah bahawa keikhlasan yang dinilai oleh Allah
bukan kebendaan
Berdakwahlah untuk menyelamatkan yang terpedaya kepada mulia
Yang dalam kegelapan kepada kebenaran.
.Teruskanlah tradisi yang pernah dilakukan oleh Nabi-Nabi Ulul azmi
No comments:
Post a Comment