Friday 19 September 2014

Assalamualaikum..Waalaikumsalam



Assalamualaikum
Waalaikumussalam

Mari kita ucapkan setiap bertemu teman
Bukti Muslim sejati yang beriman

Kata azimat buat umat Islam
Bila mengucapkan terasa aman bahagia
Selamat sejahtera yang berkekalan
Salam doa dari pengucap buat yang menerimanya

Mengucapkan salam itu
Bukti keteladanan 
Takkan pernah berkurang
Kesopanan dan kewibawaan

Sesungguhnya Islam itu mengajarkan 
Tentang kesopanan dalam seharian
Jadikanlah ia sebagai panduan
Yang termaktub dalam kitab suci Al-Quran



Jangan malu memberi salam 
Walau yang tak kenal sekalipun
Kerna dengan ucapan itu
Tercetus ukhwah walau saat baru bertemu

Sungguh indah bila diucap
Hati terasa sejuk dan lapang
Semoga dikekalkan dalam kehidupan
Hingga ke hari keabadian


SELAMAT MALAM YANG INDAH


Selamat malam..tidurlah sahabat sekalian

Moga tidur kalian dalam iman

Moga kembali bangkit untuk berjuang dalam agama Allah

Moga hidup kalian dalam Islam dan begitu juga pengakhiran nanti

Moga Allah menghimpunkan kita dalam satu gagasan dalam IMAN & TAQWA kepadaNya

Saturday 13 September 2014

Peristiwa 1 Hari Yang Dirahmati Ilahi :6/9/2014


Para penghuni PEJABAT AGAMA ISLAM DAERAH TEMERLOH PAHANG dalam busana Melayu
 ( Umpama Pahlawan Melayu Kurun ke-15 )


©©©©©©©©©©©©



Gambar di bawah ini

Yang berbaju merah   hati adalah wajh jakamusafir.blogspot.com





©©©©©©©©©©©©


Penyampaian amanat terakhir dari 3 pelajar praktikal UNISZA ( tempat dimana aku bersemadi dengan ilmu akhirat sejak dari 2004-2006 yang lalu )

Mereka telah menjalani latihan praktikal di PAID sejak bulan 6/2014 hingga  bulan 9/2014

Semoga berjaya dalam pelajaran dunia sementara dan dalam pelayaran menjadi Muslimah yang menjadi dambaan Syurga





Hadiah cenderahati kenangan





©©©©©©©©©©©©


Sumbangan kepada sang penjasa di PAID.Semoga Allah merahmati perjalanan hidup Ustaz Ibrahim bin Md Salleh seterusnya.Semoga bertemu lagi dan semoga Allah merahmati Ustaz dan keluarga hingga ke akhir hayat.






©©©©©©©©©©©©



Sidang mesyuarat bermula dengan pakaian Melayu



Di Atas Sajadah Cinta Ilahi : Nukilan Jakamusafir





Terpegun dengan keindahan akhlaknya
dalam manisnya sifat malunya
dan tenangnya pandangan.

Kukagumi dalam diam
utuh tak tersentuh
agar tak terusik khusyu’nya ibadah
jua tak ingin mengusik ketenangan ruhiyah

Cukuplah diriku menyapa sidia
dalam doa-doa tulusku di atas sajadah Cinta Ilahi
Dalam untaian doa kuselipkan sebuah nama..
Seandainya benar dia dalam thariq cinta halalku
Semoga dimudahkan oleh-Nya..
Dan jika bukan dia yang kumiliki
Moga ada yang sepertinya
Mengisi ruang hati 

Jadikan kerja itu Ibadah

Thursday 11 September 2014

SALAM JUMAAT YA SAHABAT

Risalah Jumaat

Fadhail Solat

Jangan Tinggal Solat!!



Assalamualaikum

Doa agar sahabat semua sihat dan baik-baik aja.

Nasihat tulus dari sang jakamusafir





Moralnya :

Jangan kita sesekali tinggal solat
Solat itu wajib
Solat itu perintah Ilahi
Solat itu tanda kesetiaan & taat dari seorang hamba kepada Sang Pencipta
Usah abai jangan tinggal
Kelak merana akhirat kelak

Wednesday 10 September 2014

Ya Syabab..



Assalamualaikum..

Sedikit pesanan..

Agar kita yang belia muda tidak terleka

Tidak terpedaya dengan cinta dunia

Saat inilah kita berbuat amal kebaikan

Dimasa muda inilah

SENTIASA KE MASJID@SURAU

- untuk solat Jemaah 5 waktu
-mendengar tazkirah@ceramah agama
-membaca al-Quran
-berusrah

BERSEDEKAH KEPADA SESIAPA SAHAJA YANG KURANG MAMPU

MENDEKATI GOLONGAN YANG AKTIF BERIADAH

- sukan outdoor @ indoor
- sukarelawan membantu golongan miskin

Jauhilah disaat kita dalam usia begini iaitu

BERBICARA,BERBUAT DAN BERNIAT DALAM PERKARA YANG MENDATANGKAN FITNAH DAN LALAI

Dekati Allah disaat muda remaja
Agar Allah menjaga kita bila saat usia Tua


Losing moody..Get laugh..


Hahaha..

Cer samakan muka geng Running Man dengan miau-miau omey pangat ni..Memang omey ngatlah..

Lucu bangat..

Penyuluh hati yang alpa

Sedikit Tazkirah Nasihat Ustaz Utk perkongsian:

 Ketika kita mengeluh: “eeeiii, aku penat sangat...

" ALLAH menjawab: (وَجَعَلْنَا نَوْمَكُمْ سُبَاتًا) “ Dan KAMI jadikan tidurmu untuk istirehat (An Naba' : 9)

 Ketika kita mengeluh: “Beratnya dugaan ni, tak sanggup rasanya aku..." ALLAH menjawab : (لَا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا) “ AKU tidak membebani seseorang, melainkan sesuai kesanggupan” (Al Baqarah : 286)

 Ketika kita mengeluh : “Serabutnyaa..." ALLAH menjawab : ( أَلَا بِذِكْرِ اللَّهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ) “ Hanya dgn mengingatku hati akan menjadi tenang” (Ar Ra'd : 28)

 Ketika kita mengeluh: “Apa yg aku buat ni semua sia-sia..." ALLAH menjawab : (فَمَنْ يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ خَيْرًا يَرَهُ) "Siapa yg mengerjakan kebaikan sebesar biji zarah sekalipun, nescaya ia akan melihat balasannya ”
 (Al Zalzalah : 7)

 Ketika kita mengeluh: “ tak dak sorang pun yg nak tolong aku..." ALLAH menjawab: (وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ) “ Berdoalah (mintalah) kepadaKU, nescaya Aku kabulkan” (Al Ghafir : 60)

 Ketika kita mengeluh : “ Aku sedihh sangat...” ALLAH menjawab: ِ ( لَا تَحْزَنْ إِنَّ اللَّهَ مَعَنَا ۖ ) “ Jgnlah kamu berduka cita, sesungguhnya Allah beserta kita " (At Taubah : 40)

 Jgn byk mengeluh . Banyakkan bersabar dan teruskan kehidupan ini , dgn taqwa...

 Moga-moga Kita Menjadi Insan Yang Bertakwa ^^

Nusrah Ilahi

CAHAYA-MU

Kau bawa cahaya di dalam hidupku
Disaat ku memerlukan di jalanku yang tak terang
Hatiku bertanya benarkah ku telah berbakti
Ataukah ku saat ini hanya sekedar berjanji

Kau selalu ada saat jiwaku tiada
Kau beri cinta terindah saat hatiku terluka
Tak terbayangkan erti hidupku tanpa hadirmu
Kau hembuskan harapan ketika ku kehilangan

Hanya pada-Mu ku kembali
Hanya kerna-Mu ku berjanji
Erti hidup hanya untuk-Mu ya Allah
Atas izin-Mu ku terlahir
Atas kuasa-Mu ku berdiri
Iringilah setiap langkah ku ya Allah


Tak terbayangkan erti hidupku tanpa hadirmu
Kau hembuskan harapan ketika ku kehilangan

INFO ISLAM INTIPATI HATI INSANI




EMPAT PERKARA UNTUK SIHAT

Empat perkara menguatkan badan
1. Makan daging
2. Memakai haruman
3. Kerap mandi
4. Berpakaian dari kapas

Empat perkara melemahkan badan
1. Banyak berkelamin (bersetubuh)
2. Selalu cemas
3. Banyak minum air ketika makan
4. Banyak makan bahan yang masam

Empat perkara menajamkan Mata
1. Duduk mengadap kiblat
2. Bercelak sebelum tidur
3. Memandang yang hijau
4. Berpakaian bersih

Empat perkara merosakan Mata
1. Memandang najis
2. Melihat orang dibunuh
3. Melihat kemaluan
4. Membelakangi kiblat

Empat perkara menajamkan fikiran
1. Tidak banyak berbual kosong
2. Rajin bersugi (gosok gigi)
3. Bercakap dengan orang soleh
4. Bergaul dengan para ulama


p/s : Ikuti perkara yang baik,insyallah diberkati Allah

Saturday 6 September 2014

Muhasabah lilnafs wa insan

Bismillah


Mulakan  harimu dengan Bismillah
Setiap ingin berbuat amalan harian
Mulakanlah dengan NamaNya Yang Maha Suci
Moga ibadah yang dilakukan diberkahi

Bismillah..Dengan NamaMu Ya Allah
Pastikan Engkau selalu diingati
Bila mengingatiMu hati-hati kan tenang
Jiwa terasa damai umpama lautan tanpa gelombang

Jadikan hati ini selalu ada NamaMu
Jangan biarkan jiwa ini hilang tanpa cintaMu
Sesungguhnya dengan mengingatiMu
Tiada lagi keraguan untuk nafas ini menghela
Biarkanlah Bismillah ini terpahat dalam sanubari..

Bismillahirrahmanirrahim
Moga dikekalkan dalam kehidupanku

Samurai vs Mujahidin



Berbeza aliran akidah

Namun sama dari segi prinsip

Keberanian diri
Perjuangan
Persahabatan
Keteguhan hati dalam mempertahankan negara
Berdisplin

Samurai

Walaupun pada akhirnya meyalahi akidah
Harakiri jika kalah dalam pertempuran
Perjanjian darah harus ditunai
Namun ketangkasan sungguh dikagumi
Penuh dengan langkah strategi

Begitu juga

Mujahidin

Akidah hanya kepada Allah
Berjanji akan berjuang atas cintaNya
Kerna yakin syahid akan menanti
Syurga dirindui




Kata Khalifah Ar-Rasyidin

Saiyidina Ali bin Abi Talib ra berkata:

"Amal perbuatan yang sungguh paling berat ada empat: memberi ampunan di saat marah, suka berderma di saat miskin, berbuat iffah (menjaga kemuliaan diri) ketika sendirian dan berkata benar terhadap orang yang ditakuti atau diharapkan jasanya."


Decor dalam Rumah : Khat kufi Frame

Assalamualaikum..

Malam ni tak ada apa yang dikongsi.Cuma nak share buat semua pecinmta deco home.Setuju tak kalau ruang tamu rumah kita dihiasi dengan frame yang bertakhta ayat al-Quran dengan tulisan khat kufi.Mesti setuju punya.Memang lawa,sebab kat mana-mana kedai makan yang saya tengok pun ada jugak terselit frame tulisan tu.So,bagi anda yang suka akan kesenian,apa kata kita mencuba untuk menyelitkan frame ayat al-Quran khusunya surah al-Baqarah iaitu ayat kursy yang biasanya diukir dengan ukiran tulisan khat Kufi.Sungguh indah..Indah juga jika dihiasi di dalam rumah.Dan semoga rumah kita diberkati bukan kerana adanya frame ayat Quran,tapi dengan penghuninya sentiasa mendekatkan diri kepada ALLAH SWT

FRAME KHAT KUFI



KESENIAN YANG DIZAHIRKAN MELALUI FRAME 
& TAHZINU FIL BAIT










Tuesday 2 September 2014

Zikru Nafs


Jodoh itu rahsia agung Ilahi


Assalamualaikum

Sedang mengelamun.

Entah siapalah jodohku

Entah siapa yang menjadi puteri hati

Semoga dia adalah solehah 

Yang bertakhta dalam jiwa


Warkah cinta Ilahi

Buat kaum hawa yang mudah terleka dan terpedaya

Assalamualaikum wbt

Salam tahajud buat semua yang bangun di pagi 1/3 malam ini.Moga Allah meredhai perjalanan hidup kalian dengan izinNya.Moga dijauhi fitnah wanita,dunia,dosa,maksiat dan juga dajjal laknatullah.

Pedoman buat kaum hawa masa kini.Ingatlah bahawa hidup hanya sementara di dunia,hidup akhirat kekal abadi.Usahlah berdegil dengan sengaja mendedahkan aurat,bahaya!Kerana neraka amat merindui,syaitan mencintai.Jadi,fikirkanlah dan renungilah firman Allah dengan perintah agar menutup aurat dengan sempurna.Tutup biar kerana Allah dan ikutilah syarak.Jangan menutup semata2 untuk kecantikan,bahkan ia akan dipandang hina disisi Allah dan manusia.

Bagi yang masih belum tahu cara untuk menutupi aurat,sila lihat di bawah






Ya,mudahkan..Kalau tertutup,amatlah berharga bahkan jauh dari gangguan seksual lelaki miang.Walhal sebenarnya lelaki tak miang,cuma penyebab yang memiangkannya adalah wanita Islam yang suka dedah tubuh..Betul tak?Siapa terasa padan muka..dan harap berubahlah..



Hikmah menutup aurat


Moga Allah menunjukkan jalan hidayah bagi mereka yang masih alpa 



AKHIRNYA AKU BERKAHWIN

Bismillahirrahmannirrahim Alhamdulillah,pada 20 Mei 2017 akhirnya selamat diriku diijabkabulkan dengan pasanganku NUR FILZAH ...