Monday 21 March 2016

SEMOGA LELAKI ITU ADALAH ......... ;-)

RENUNGAN DIRI

HADIS 40 IMAM AN-NAWAWI KE-22 :JALAN MENUJU SYURGA

Daripada Abu Abdullah Jabir ibn Abdullah al-Ansarie r.a.(beliau meriwayatkan):
Bahawa seorang lelaki telah bertanyakan Rasulullah SAW, dia berkata: Bagaimana pandanganmu jika
aku mendirikan sembahyang-sembahyang fardhu, aku berpuasa bulan Ramadhan, aku menghalalkan
perkara yang halal dan aku mengharamkan perkara yang haram. Aku tidak akan menambah apa-apa
lagi lebih daripada itu. Apakah aku akan masuk syurga? Baginda bersabda: Ya!

Hadis riwayat al-lmam Muslim.

HADIS 40 IMAM AN-NAWAWI KE-21 : ISTIQOMAH

Daripada Abu `Amru – atau digelar juga Abu `Amrah – Sufian ibn Abdullah r.a. beliau berkata:
Aku berkata: Wahai Rasulullah! Ajarkan untukku dalam lslam suatu ucapan yang aku tidak perlu lagi bertanya kepada orang lain selainmu. Baginda bersabda: Ucapkanlah: Aku beriman kepada Allah.
Kemudian hendaklah engkau beristiqamah.

Hadis riwayat al-lmam Muslim.

HADIS 40 IMAM AN-NAWAWI KE-20 : KEUTAMAAN MALU

Daripada Abu Mas’uud ‘Uqbah ibn ‘Amru al-Ansarie al-Badrie r.a. beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda:
Sesungguhnya antara kata-kata ungkapan Kenabian terdahulu yang dapat diketahui dan dipetik oleh manusia ialah: Jika engkau tidak malu, maka lakukanlah apa sahaja yang engkau mahu.

Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari.

Sunday 20 March 2016

BLOG BERMANFAAT

http://www.kumpulanmisteri.com/

Assalamualaikum..

Segala ada disini..In Shaa Allah

Nasihat..Petua..Tazkirah...Jangan lupa melayarinya...

Moga yang baik jadikan amalan..

Yang kurang..tambahkanlah..

TAZKIRAH DINIHARI : 4 AMALAN YANG BISA MEMADAMKAN API DI DALAM KUBUR


Bismillahirrahim..

Selamat pagi semua.Semoga ada yang bisa bangkit untuk menunaikan shalat Tahajjud dan bermunajat kepadaNya..Semoga Allah SWT membahagiakan buat sahabat-sahabat di dunia dan juga di akhirat.

Secebis tazkirah untuk diri ini dan semua yang membaca.Semoga bermanfaat..

 4 AMALAN YANG BISA MEMADAMKAN API DI DALAM KUBUR



1. Solat memadamkan api pertama

Solat merupakan tiang agama yang menjadi ciri utama seorang muslim. Salah satu kewajiban yang mempunyai pahala dahsyat adalah solat. Bahkan, diketahui bahawa seseorang di alam kubur nanti, perkara utama yang akan ditanyakan adalah solat. Apabila ibadah solat seseorang selalu tepat, baik, dan sesuai atas tuntutan Rasulullah maka semua tingkah laku juga akan mengikutinya, yakni perilaku baik. Begitu juga sebaliknya. Hal ini menunjukkan bahawa solat dijadikan sebagai indikator tingkah laku seseorang. Oleh kerana itu, dengan ibadah solat yang baik dan benar maka Allah akan melindungi kita dari panasnya api neraka. Inilah manfaat solat 5 waktu.





2. Puasa memadamkan api kedua

Puasa adalah ibadah yang mempunyai banyak manfaat. Selain sebagai bentuk cinta kita pada Allah dan Rasul-Nya, ibadah ini juga dapat menahan nafsu kita. Dengan puasa, maka kita menahan untuk tidak makan dan minum dari subuh hingga maghrib. Walau bagaimanapun, keutamaan puasa yang sebenarnya adalah menahan nafsu untuk perbuatan-perbuatan yang tidak berguna. Tidak hanya puasa wajib Ramadhan yang boleh kita lakukan. Terdapat beberapa ibadah puasa sunnah yang menambah ridho Allah untuk senantiasa melindungi kita dari api neraka. Hikmah dan manfaat puasa akan didapatkan jika kita melakukannya hanya untuk Allah.




3. Sedekah memadamkan api ketiga

Ibadah yang cukup mudah untuk dilakukan adalah sedekah. Bahkan, senyum sudah dikira sebagai sedekah. Sehingga sedekah tidak hanya boleh dilakukan bagi orang yang berharta tetapi orang yang rendah tingkat ekonominya pun boleh melakukan amalan ini. Sedarilah, bahawa apa yang kita miliki sekarang ini bukanlah milik kita. Namun, semua ini hanyalah titipan Allah yang pada suatu saat nanti boleh diambil oleh-Nya. Oleh kerana itu, apa salahnya jika kita berkongsi dengan orang lain yang lebih memerlukan. Gunakanlah harta benda titipan Allah di jalan Allah pula. Keajaiban sedekah dan istighfar akan menghindarkan kita dari api neraka.





4. Kesabaran memadamkan api keempat



Kita sering mendengar kata kesabaran ada batasnya. Sebenarnya, hal ini tidak benar. Kesabaran tidak mempunyai batas tapi yang mempunyai batas adalah keimanan orang tersebut. Orang yang beriman maka ia akan mempunyai kesabaran dalam menjalani setiap kehidupan, walaupun itu menyusahkan atau menyedihkan. Sebuah dalil yang terkenal mengatakan bahawa orang sabar disayang Allah. Hal ini benar adanya, Allah menyukai orang yang sabar kerana disetiap musibah akan ada keindahan yang lebih jika kita menjalaninya dengan sabar dan ikhlas.

HADIS 40 IMAM AN-NAWAWI KE-19 : PENJAGAAN DAN PERTOLONGAN ALLAH

Daripada Abu al-‘Abbas, Abdullah ibn Abbas, r.a.ﺎﻤﻬﻨﻋ ﷲا ﻲﺿر beliau berkata:
Aku pernah duduk di belakang Nabi SAW pada suatu hari, lalu Baginda bersabda kepadaku: Wahai anak! Sesungguhnya aku mahu ajarkan engkau beberapa kalimah: Peliharalah Allah nescaya Allah akan memeliharamu. Peliharalah Allah nescaya engkau akan dapati Dia di hadapanmu. Apabila engkau meminta, maka pintalah dari Allah. Apabila engkau meminta pertolongan, maka mintalah pertolongan dengan Allah. Ketahuilah bahawa kalau umat ini berkumpul untuk memberikan sesuatu manfaat kepadamu, mereka tidak akan mampu memberikanmu manfaat kecuali dengan suatu perkara yang memang Allah telah tentukan untukmu. Sekiranya mereka berkumpul untuk memudharatkan kamu dengan suatu mudharat, nescaya mereka tidak mampu memudharatkan kamu kecuali dengan suatu perkara yang memang Allah telah tentukannya untukmu. Pena-pena telah diangkatkan dan lembaran- lembaran telah kering (dakwatnya).
Hadis riwayat al-lmam al-Tirmizi. Beliau berkata: la adalah Hadis Hasan Sohih.

HADIS 40 IMAM AN-NAWAWI KE-18 : TAQWA DAN PERGAULAN YANG BAIK

Daripada Abu Zar Jundub ibn Junadah dan Abu Abdul Rahman Mu’az ibn Jabal, r.a. daripada Rasulullah SAW, bahawa Baginda bersabda:
Bertaqwalah engkau kepada Allah walaupun di mana engkau berada, dan iringilah kejahatan dengan kebaikan, nescaya ia akan menghapuskan kejahatan tersebut dan bergaullah sesama manusia dengan budi pekerti yang baik.
Hadis riwayat al-lmam al-Tirmizi. Beliau berkata: la adalah Hadis Hasan. Dalam setengah manuskrip, ia adalah Hadis Hasan Sohih.
 

HADIS 40 IMAM AN-NAWAWI KE-17 : BERBUAT BAIK DALAM SEMUA PERKARA

Daripada Abu Ya’la Syaddad ibn Aus r.a. daripada Rasulullah SAW, bahawa Baginda bersabda:
Sesungguhnya Allah menulis (iaitu mewajibkan) Ehsan atas segala sesuatu. Apabila kamu mahu membunuh, maka perelokkanlah pembunuhan itu. Apabila kamu mahu menyembelih, maka perelokkanlah penyembelihan itu dan hendaklah kamu menajamkan mata pisau dan hendaklah dia menyenangkan haiwan sembelihannya itu.
Hadis riwayat al-lmam Muslim.

HADIS 40 IMAM AN-NAWAWI KE-16 : JANGAN MARAH





Daripada Abu Hurairah r.a.:
Bahawa seorang lelaki berkata kepada Nabi SAW: Berikan daku wasiat. Baginda bersabda: Janganlah engkau marah. Lelaki itu mengulangi soalan itu beberapa kali. Baginda tetap bersabda: Janganlah engkau marah.
Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari.

HADIS 40 IMAM AN-NAWAWI KE-15 : ADAB-ADAB YANG BAIK


Daripada Abu Hurairah r.a., bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: "Barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia berkata baik atau dia diam. Barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia memuliakan jiran tetangganya. Barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia memuliakan tetamunya."  


(Riwayat al-Bukhari, no. 5672 dan Muslim, no. 47)


HADIS 40 IMAM AN-NAWAWI KE-14 : HALALNYA DARAH MUSLIM DITUMPAHKAN

Daripada lbnu Mas’uud r.a. beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda:
Darah seseorang muslim tidak halal kecuali dengan salah satu dari tiga perkara; janda yang berzina,nyawa dengan nyawa dan orang yang meninggalkan agamanya yang memisahkan diri daripada jamaah.
Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim.

HADIS 40 IMAM AN-NAWAWI KE-13 : MENCINTAI KEBAIKAN BAGI ORANG LAIN

Daripada Abu Hamzah Anas ibn Malik r.a., khadam Rasulullah SAW, daripada Nabi SAW, Baginda bersabda:
Seseorang kamu tidak benar-benar beriman sehingga dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri.
Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim.

HADIS 40 IMAM AN-NAWAWI KE-12 : TINGGALKAN PERKARA YANG TIDAK BERGUNA/BERMANFAAT

Daripada Abu Hurairah r.a beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda: "Sebahagian daripada keelokan seorang mukmin ialah meninggalkan apa yang tidak berfaedah baginya."    

(Riwayat al-Tirmizi no. 2318, Ibn Majah no. 3976, Ahmad no. 1732 dan al-Baihaqi)

HADIS 40 IMAM AN-NAWAWI KE-11 : TINGGALKAN PERKARA YANG MERAGUKAN




Daripada Abu Muhammad al-Hasan ibn Ali ibn Abu Talib r.a., cucu Rasulullah SAW dan orang kesayangan Baginda. Beliau berkata: Aku telah menghafal daripada Rasulullah SAW hadis: "Tinggalkanlah apa yang meragukan engkau kepada apa yang tidak meragukan engkau."  

(Riwayat al-Tirmizi no. 2518, al-Nasa’i no. 5711,8/327-328, Ibn Hibban dan al-Hakim)



Thursday 10 March 2016

HADIS 40 IMAM AN-NAWAWI KE-10 : REZKI YANG HALAL DAN DOA YANG DITERIMA


Daripada Abu Hurairah r.a beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda: "Sesungguhnya Allah Ta'ala baik, Dia tidak menerima kecuali perkara yang baik. Dan sesungguhnya Allah telah memerintahkan orang-orang mukmin dengan apa yang telah diperintahkan kepada para Rasul di mana Allah Ta'ala berfirman: (Wahai para Rasul! Makan minumlah kamu makanan yang baik-baik dan hendaklah kamu beramal soleh). (Surah al-Mukminun 23:51) Dan Allah Ta'ala berfirman: (Wahai orang-orang yang beriman! Makan minumlah kamu makanan yang baik-baik yang Kami rezekikan kepada kamu).(Surah al-Baqarah 2:172) Kemudian Baginda menyebut perihal seorang lelaki yang bermusafir jauh, yang berambut kusut masai dan berdebu, yang menadah tangan ke langit (iaitu berdoa): Wahai Tuhanku! Wahai Tuhanku! Bagaimanakah doanya akan dimakbulkan sedangkan makanannya haram, minumannya haram, pakaiannya haram dan dia dikenyangkan dengan makanan yang haram?"          

(Riwayat Ahmad no. 8348, Muslim no. 1015 dan al-Tirmizi no. 2922)

HADIS 40 IMAM AN-NAWAWI KE-9 : PERINTAH DAN LARANGAN

HADIS KESEMBILAN

Daripada Abu Hurairah Abdul Rahman ibn Sokhrin r.a. beliau berkata: Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Apa-apa yang aku larang kamu melakukannya, maka hendaklah kamu menjauhinya, dan apa-apa yang aku perintahkan kamu melakukannya, maka lakukanlah seberapa daya kamu. Sesungguhnya umat yang terdahulu daripada kamu telah binasa lantaran banyak persoalan dan banyak perselisihan mereka terhadap Nabi-nabi mereka."    

(Riwayat al-Bukhari, no. 6777 dan Muslim, no. 1337)

HADIS 40 IMAM AN-NAWAWI KE-8 : KEHORMATAN MUSLIM

HADIS KELAPAN

Daripada lbnu 'Umar r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: "Aku telah diperintahkan supaya memerangi manusia sehingga mereka naik saksi bahawa sesungguhnya tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawa sesungguhnya Muhammad utusan Allah, sehingga mereka mendirikan sembahyang dan membayar zakat. Apabila mereka telah berbuat demikian, maka mereka telah memelihara darah mereka dan harta mereka daripada aku, melainkan dengan hak lslam, dan hisab perhitungan amal mereka terserah kepada Allah Ta'ala."  

(Riwayat al-Bukhari no.25, Muslim no.22 dan Ahmad no. 68)

Wednesday 9 March 2016

HADIS 40 IMAM AN-NAWAWI KE-7 : AGAMA ITU NASIHAT


Daripada Abu Ruqaiyyah Tamim ibn Aus al-Daarie r.a. bahawa Nabi SAW telah bersabda: Agama itu adalah nasihat. Kami berkata: Untuk siapa? Baginda bersabda: Untuk Allah, untuk kitabNya, untuk RasulNya, untuk para lmam kaum muslimin dan untuk umat lslam seluruhnya.

 Hadis riwayat al-lmam Muslim.

HADIS 40 IMAM AN-NAWAWI KE-6 : PERIHAL HALAL DAN HARAM


Daripada Abu Abdullah al-Nu'man ibn Basyer r.a. عنهما االله رضي beliau berkata: Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: 

Sesungguhnya perkara yang halal itu terang jelas, dan sesungguhnya perkara yang haram itu terang jelas, dan di antara kedua perkara tersebut ada perkara-perkara syubhat yang kesamaran yang kebanyakan orang tidak mengetahuinya. Barangsiapa yang menjaga perkara syubhat maka sesungguhnya dia telah membersihkan agamanya dan maruah dirinya. Dan barangsiapa yang terjatuh dalam perkara syubhat, maka dia telah jatuh dalam perkara haram, umpama seorang pengembala yang mengembala di sekeliling kawasan larangan, dibimbangi dia akan menceroboh masuk ke dalamnya. Ketahuilah bahawa setiap raja ada sempadan dan sesungguhnya sempadan Allah itu ialah perkaraperkara yang diharamkanNya. Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging yang apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah ia adalah hati. 

Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim.

HADIS 40 IMAM AN-NAWAWI KE-5 : LARANGAN MENGADA-ADAKAN DALAM URUSAN AGAMA


Daripada Ummu al-Mukminin Ummu Abdullah 'Aisyah r.a. عنها االله beliau berkata: Rasulullah رضي SAW telah bersabda: Barangsiapa yang mengada-ada sesuatu perkara dalam urusan kita ini, yang bukan daripadanya, maka ia tertolak. 

Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan al-lmam Muslim.


HADIS 40 IMAM AN-NAWAWI KE-4 : KEKUASAAN ALLAH SWT


Daripada Abu Abdul Rahman Abdullah ibn Mas'uud r.a. beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda, dan Baginda adalah seorang yang benar lagi dibenarkan (iaitu dipercayai): Sesungguhnya setiap orang di kalangan kamu dihimpunkan kejadiannya dalam perut ibunya selama 40 hari berupa air mani, kemudian menjadi segumpal darah selama tempoh yang sama, kemudian menjadi seketul daging selama tempoh yang sama, kemudian dikirimkan kepadanya seorang malaikat lalu dia menghembuskan padanya ruh dan dia diperintahkan dengan 4 kalimat; iaitu supaya menulis rezekinya, ajalnya, amalannya dan adakah dia celaka atau bahagia. Demi Allah Yang tiada Tuhan melainkanNya, sesungguhnya salah seorang dari kalangan kamu akan beramal dengan amalan ahli syurga, sehingga jarak antaranya dan syurga tidak lebih dari sehasta, lalu dia didahului oleh ketentuan tulisan kitab lantas dia mengerjakan amalan ahli neraka lalu dia memasuki neraka. Dan sesungguhnya salah seorang dari kalangan kamu akan beramal dengan amalan ahli neraka, sehingga jarak antaranya dengan neraka tidak lebih dari sehasta, lalu dia didahulu

HADIS 40 IMAM AN-NAWAWI KE-3 : RUKUN ISLAM



Daripada Abu Abdul Rahman Abdullah ibn 'Umar ibn al-Khatthab (عنهما االله رضي) beliau berkata: Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: lslam itu terbina atas lima perkara: Naik saksi mengaku bahawa sesungguhnya tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawa sesungguhnya Muhammad itu adalah Utusan Allah, Mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, mengerjakan haji ke baitulLah dan menunaikan puasa pada bulan Ramadhan.


 Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan al-lmam Muslim


HADIS 40 IMAM AN-NAWAWI YANG KE-2 : TENTANG RUKUN ISLAM & RUKUN IMAN

Daripada Saiyidina 'Umar juga, r.a. beliau berkata: Ketika kami sedang duduk di sisi Rasulullah SAW pada suatu hari, tiba-tiba muncul di hadapan kami seorang lelaki yang memakai pakaian yang sangat putih, berambut sangat hitam, yang tidak ternampak pada dirinya kesan-kesan tanda musafir dan tidak seorangpun di kalangan kami yang mengenalinya. Lalu dia duduk menghampiri Nabi SAW lalu disandarkan kedua-dua lututnya ke lutut Baginda dan meletakkan dua tapak tangannya atas dua paha Baginda seraya berkata: Wahai Muhammad! Terangkan kepadaku tentang lslam. Lalu Rasulullah SAW bersabda: lslam itu bahawa engkau naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawa Muhammad itu utusan Allah, (dan bahawa) engkau mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, berpuasa di bulan Ramadhan, menunaikan haji ke BaitulLah (Mekah) sekiranya engkau berkuasa mengerjakannya. Lelaki tersebut berkata: Benarlah engkau. Maka kamipun merasa hairan kepadanya, dia yang bertanya dia pula yang membenarkannya. Dia bertanya: Terangkan kepadaku tentang lman. Baginda bersabda: (lman itu ialah) bahawa engkau percaya kepada Allah, para MalaikatNya, kitab-kitabNya, para RasulNya, hari Qiamat dan bahawa engkau percaya kepada Qadar baik dan buruk. Lelaki itu berkata: Benarlah engkau. Dia berkata lagi: Terangkanlah kepadaku tentang Ehsan. Baginda bersabda: Ehsan itu ialah bahawa engkau menyembah Allah seolah-olah engkau melihatNya. Sekiranya engkau tidak dapat melihatnya, maka sesungguhnya Dia melihatmu. Lelaki itu bertanya lagi: Terangkan kepadaku tentang Qiamat. Baginda bersabda: Orang yang ditanya tentang Qiamat tidaklah lebih mengetahui daripada orang yang bertanya. Lelaki itu berkata: Maka terangkanlah kepadaku tentang tanda-tandanya. Baginda bersabda: (Antara tandatandanya ialah) apabila seorang hamba perempuan melahirkan tuannya dan apabila engkau melihat orang-orang miskin yang berkaki ayam, tidak berpakaian dan papa kedana yang hanya menjadi pengembala kamibng berlumba-lumba memibna bangunan (iaitu bertukar menjadi kaya raya). Kemudian lelaki itu berlalu, lalu aku terdiam sebentar. Kemudian Baginda bertanya: Wahai 'Umar! Adakah engkau tahu siapa lelaki yang bertanya itu? Aku berkata: Allah dan RasulNya lebih mengetahui. Baginda bersabda: Sesungguhnya dia adalah Malaikat Jibril yang datang kepada kamu untuk mengajar kamu tentang agama kamu. 

Hadis riwayat al-lmam Muslim (Hadis riwayat Muslim, kitab al-iman, no: 9 dan 10, al-Tirmizi, kitab al-iman, no: 2535, beliau berkata: hadis ini hasan shahih, al-Nasaa’ie, kitab al-iman, no: 4904, 4905, Abu Dawud, kitab al-sunnah, no:4075, Ibn Majah, kitab al-muqaddimah, no: 62 dan 63, Ahmad, musnad المبشرین العشرة, no: 346).


HADIS IMAM AN-NAWAWI : HADIS 1 TENTANG NIAT

 Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin 'Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu. 

Hadis ini diriwayat oleh dua orang Imam Ahli Hadis; Abu Abdullah Muhammad ibn Ismail ibn Ibrahim ibn al-Mughirah ibn Barzirbah al-Bukhari dan Abu al-Husain Muslim ibn al-Hajjaj ibn Muslim al-Qusyairie al-Naisaburi dalam kitab sahih mereka berdua yang merupakan antara kitab yang paling sahih (Al-Imam al-Bukhari meriwayatkannya pada bahagian awal kitab sahihnya, juga dalam Kitab Iman dan beberapa tempat lain dalam kitab sahihnya. Al-Imam Muslim meriwayatkannya dalam Kitab al-Imarah Bab : الأعمال إنما (بالنيةLقوله باب) hadis nombor 1908).


Tuesday 8 March 2016

Siapa Mahram Saya?

Assalamualaikum..

Ringkas,gambar ini menunjukkan

Siapa Mahram anda..Siapa yang boleh anda salam dan siapa yang anda tak boleh salam.

Sudah tahu..Ayuh sebarkan pada yang belum tahu...

Sesungguhnya Islam itu indah





SHARE IS CARE TO H AND W


PESANAN TENTANG PERKAHWINAN




* Pilih pasangan yang beriman dan solehah.Ini kerana apabila memilih yang demikian,ketika dalam rumahtangga,dia dapat menjaga nama baikmu dan hartamu apabila kamu tiada di rumah  dan disisinya serta dapat menjaga rahsia hubungan kelaminmu dihadapan tema-temannya.

* Pilihlah yang beragama,maka beruntung kehidupan rumahtangga.Jika memilih kecantikan,kecantikan akan pudar kerana pasti akan tua juga.Jika memilih keturunan,ianya tak kekal lama.Jika memilih harta,harta pasti akan binasa/bankrap.Maka pilih yang boleh menjamin dunia akhirat serta membuat kamu sentiasa dekat dengan Allah SWT.




* Perkahwinan bukanlah bermaksud inginkan status hubungan yang halal dan hubungan kelamin,tetapi ianya adalah sebuah fasa kehidupan bersama yang dipilih dengan tanggungjawab dan sebuah amanah Allah untuk dilaksanakan sebaiknya.

* Ingatlah bakal suami,apabila berkahwin kelak,ibubapa isterimu adalah ibubapa kamu juga.Jagalah mereka,sayangi mereka dan hormati mereka sepertimana kedua ibubapamu sendiri.

*Ketahuilah bahawa sekalipun kamu bercerai dengan isteri kamu dalam keadaan yang tidak dapat dielakkan,ibubapa isteri kamu tetap ibubapa kamu/mahram kamu.

*Jangan mudah untuk lafaz perkataan yang halal tetapi dibenci Allah SWT yakni cerai.Jangan permainkan perkataan tersebut sekalipun dalam keadaan gurauan.

* Didik si isteri dengan sebaiknya.Jika kamu memilih pasangan kamu dalam keadaan tidak menutup aurat,maka inilah masanya untuk kamu mendidiknya agar menutup aurat.Jangan biarkan status kamu sebagai suami DAYUS,Dayus sememangnya adalah golongan  tidak dapat masuk syurga apatah lagi cium baunya.Didiklah isteri dengan penuh kelembutan dan jangan berkasaran kerana mereka umpama tulang rusuk yang bengkok yang tak mudah dilenturkan.


*Bersyukurlah apabila menjadi suami isteri.Jagalah sebaiknya rumahtangga dan zuriat.Banyakkan berdoa agar rumahtangga,isteri dan anak-anak selamat dan menjadi warga solehah/soleh di dunia dan akhirat

* Bagi galakan untuk siisteri menziarahi ibubapa mereka.Mereka pun ada ibubapa juga.Jadi dalam rumahtangga,bertolak ansurlah untuk menjamin keharmonian rumahtangga.

* Jangan dipukul isteri kecuali dalam keadaan nusyuz.Itupun waktu isteri nusyuz ( derhaka  ) pukulpun tak boleh sewenangnya.Pukullah sebagai pengajaran dan tak menyakitkan serta bukanlah dipukul dimuka.-sebagai contoh ambil kain dan pintal kemudian pukul dengan didikan

*Jadilah suami yang bijak dalam menguruskan rumahtangga.Kalau tak bijak,maka penceraian akan berlaku 
atas sebab kekurangcerdikan suami.



Renungkan,amalkan dan share bersama 

Monday 25 January 2016

Ketika Perkahwinan Ustaz Don Daniyal

Ketika Perkahwinan Ustaz Don Daniyal

Assalamualaikum..

Share untuk semua ..

Perkahwinan yang mudah( bukan mudah-mudah ) tapi mempermudahkan perkahwinan agar mendapata rahmat,kasih sayang dan keberkatan Allah SWT..Kerana Islam itu mudah dan indah..

Semoga perkahwinan Ustaz Don dan zaujah berkekalan hingga ke jannah..

Nak tahu mengenai perkahwinan Ustaz Don,klik saja di ruangan biru.

AKHIRNYA AKU BERKAHWIN

Bismillahirrahmannirrahim Alhamdulillah,pada 20 Mei 2017 akhirnya selamat diriku diijabkabulkan dengan pasanganku NUR FILZAH ...