Tuesday 19 May 2015

INFO TENTANG KELAPA


Apa yang terjadi apabila anda minum air kelapa dalam 7 Hari?

Dipetik dari laman healthyfoodteam.com, air kelapa boleh menguatkan sistem kekebalan tubuh anda dan menghilangkan bakteria yang menyebabkan jangkitan saluran kencing, gonorea, penyakit gusi dan virus yang menyebabkan selesema, jangkitan pelbagai penyakit dan tifus.

Air kelapa dapat meningkatkan tenaga dan pengeluaran kelenjar hormon tiroid. Air kelapa bertindak sebagai diuretik semulajadi dan sangat membantu bagi orang yang mempunyai penyakit buah pinggang. Ini akan membantu membersihkan saluran kencing dan saluran pundi kencing. Berkhasiat menghilangkan racun dan membantu memecah batu buah pinggang.

Air kelapa mengandungi jumlah serat yang tinggi, sehingga sangat baik untuk pencernaan.

Kerana air kelapa rendah lemak, anda boleh meminumnya dalam jumlah banyak. Air kelapa akan mengurangkan nafsu makan anda kerana selepas meminumnya anda akan merasa kenyang, jadi secara tak langsung membantu penurunan berat badan.

Cuba basahkan kapas atau kain dengan air kelapa dan letakkan pada kulit jika anda mempunyai jerawat, kulit berminyak atau kering. Air kelapa akan membuat kulit lebih bersih dan segar, dan pori-pori akan terbuka.

Campur air kelapa dengan minyak zaitun untuk membersihkan pencernaan dan menghilangkan parasit usus.

Para pengkaji mendakwa bahawa air kelapa juga membantu mengatasi beberapa masalah kesihatan semasa mengandung. Dengan hanya satu cawan air kelapa anda akan menyeimbangkan elektrolit, sehingga anda akan terhindar dari hipertensi atau juga dikenali sebagai tekanan darah tinggi.

Jika anda ingin kulit anda cerah dan dilindungi sepanjang hari, minumlah satu gelas air kelapa. Jika anda kehilangan terlalu banyak tenaga dengan aktiviti fizikal yang meletihkan, anda boleh memulihkan tenaga anda dengan air kelapa. Air kelapa akan memberikan kesan positif pada setiap bahagian tubuh anda yang letih.

Air kelapa juga sebagai anti oksidan sehingga membantu sistem kekebalan tubuh yang kuat, meningkatkan tenaga, menghindari dari bakteria dan jangkitan, penurunan berat badan dan banyak manfaat lain.

Sunday 10 May 2015

99 ways to LOVE

Info dari sebuah blog..khas untuk bernama suami isteri..



99 ways to LOVE

10 perkara memeranjatkan di dalam suatu perkahwinan

10 perkara memeranjatkan di dalam suatu perkahwinan

Punca ibu ‘dihalau’ dari majlis konvokesyen anak

Seorang wanita Sarawak, Marjorie Abdullah tidak dibenarkan menghadiri majlis graduasi anak perempuannya di Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Shah Alam kerana memakai seluar, lapor sebuah portal berita.

“Saya tidak sepatutnya memakai seluar, tetapi kerana saya berada di Sarawak dan tidak melihat kad jemputan yang mencatatkan kod berpakaian kerana ia ada pada anak saya. Jadi mereka tidak benarkan saya masuk dan tidak terima alasan saya,” katanya.
Menerusi paparan itu, wanita yang bergambar bersama anaknya, Nadia dan tunangnya, Marjorie menulis:”Anak saya dan tunangnya juga enggan menghadiri majlis graduasi mereka kerana marah saya dilayan sedemikian.”

Malahan, wanita itu juga memberitahu lagi bahawa mereka bertiga kemudiannya menikmati hidangan sushi yang enak untuk makan tengahari selepas tidak dibenarkan masuk untuk majlis itu.

 ”Terima kasih kepada semua yang prihatin, kami keluar dan menikmati sushi yang enak, manakala rakan-rakan anak saya mengirim khidmat pesanan ringkas menerusi telefon menyatakan mereka bosan menunggu giliran nama dipanggil dan perlu bertepuk dengan sopan,” katanya.

Wanita itu juga menambah, mungkin kerana jari kakinya yang tidak ditutup menjadi antara sebab dia tidak dibenarkan untuk menghadiri konvokesyen anaknya

________________________________________________________________

Konklusinya : Pihak Universiti yang sebenarnya terlepas pandang dalam menjelaskan etika pemakaian dalam kad.Dan janganlah melayan orang yang lebih tua seperti sampah ok..Hormat mereka sanjungi mereka.Nak kena lempang dengan selipar jika kurang ajar dengan mereka.Bagi penjelasan yang molek.Jangan nak dihalau mereka yang tak tahu 

Fakta Keburukan Makan Lewat Malam

Pelajar yang sering berjaga malam kerana menyiapkan assignment, pasti makan lewat malam dah jadi satu perkara wajib bagi anda.


Untuk pengetahuan anda, tabiat makan lewat malam sangat tidak sihat dan boleh memberikan kesan buruk pada kesihatan anda.

Sangat penting untuk mengelakkan tabiat ini, jika anda inginkan kesihatan yang baik.

Fikirkan alternatif lain yang mungkin boleh membantu anda untuk mengubah gaya hidup makan lewat anda.

Ketahui kesan dari tabita buruk makan lewat malam yang mungkin anda akan hentikan serta merta.

1.Menyebabkan pedih ulu hati.

Kajian MENDAPAT bahawa pedih ulu hati banyak menjejaskan ramai rakyat malaysia dan setiap tahun ratusan ringgit dibelanjakan pada ubat-ubatan untuk merawatnya. Refluks asid adalah satu keadaan yang menyebabkan pedih ulu hati yang merosakkan esofagus.

Ia boleh menyebabkan banyak masalah kesihatan seperti asma, serak kronik, dan dalam kes-kes teruk, menyebabkan kanser esofagus. Dalam kes ekstrem juga boleh menyebabkan ulser jika tidak dirawat.

2.Kekurangan tidur

Salah satu fungsi utama tidur adalah untuk membantu anda pulih dan jadi anda boleh bangun bertenaga. Tidur adalah penting untuk mental, fizikal, dan emosi kesejahteraan. Kurang tidur boleh menyebabkan kelesuan, keletihan mental dan fizikal, kesukaran dalam komunikasi, ingatan yang lemah atau hilang ingatan.

Kebanyakan mereka mengalami kekurangan tidur apabila makan pada lewat malam. Satu hidangan berat diambil pada lewat malam menyebabkan badan terpaksa bekerja keras untuk mencernakan makanan tersebut. Ini juga akan menyebabkan kepenatan kerana organ pencernaan kita tidak MENDAPAT rehat yang secukupnya kerana berkerja sepanjang malam untuk mencernakan makanan makanan tersebut

3.Penghadaman tidak sempurna

Makan pada lewat malam menghalang penghapusan toksin yang terhasil semasa proses pencernaan, ini boleh menyebabkan masalah gas dan kekejangan perut. Apabila anda tidur, sistem penghadaman menjadi lambat dan nutrien dalam makanan tidak dapat diserap sepenuhnya.

Ini mencetuskan penukaran makanan menjadi lemak dan membawa kepada kenaikkan berat badan. Mereka yang mengadu kembung perut tidak sedar bahawa ia adalah daripada makanan yang tertinggal dari pencernaan yang tidak sempurna.

4.Strok (Angin Ahmar)

Tidur selepas makan juga boleh meningkatkan peluang untuk di serang strok. Menurut satu kajian yang dilakukan di Universiti Ioannina Sekolah Perubatan di Greece. Kajian, ke atas 500 orang yang sihat , 250 yang sebelum ini telah mengalami strok dan 250 yang telah didiagnosis dengan sindrom koronari akut, mendapati bahawa mereka yang tidak mengamalkan tabiat makan lewat malam, mempunyai risiko rendah untuk di serang strok.

Tabiat makan makan ini boleh menyebabkan banyak masalah kesihatan, Walaubagaimanapun masalah masalah ini boleh dielakkan jika kita prihatin dan elak dari makan pada waktu lewat malam.

Tasha Manshahar Feat. RJ - Terima Kasih Cinta (Official Music Video)





Terima kasih kepada Ilahi
Tenang rasa hati kerana Dia selalu mencintai
Tanpa jemu dan lelah

Tuesday 5 May 2015

Kisah untuk renungan


PETALING JAYA : Seorang bekas banduan telah tampil menceritakan kehidupan Datuk Seri Anwar Ibrahim di Penjara Sungai Buloh, lapor dari sebuah portal tempatanMalaysiandigest.

Sulaiman Ajik, 49, berkata kehadiran Anwar membuka lembaran baharu kepada penghuni di penjara itu.

Sulaiman dalam temubual eksklusif bersama KeadilanDaily berkata, Anwar banyak menghabiskan masa mentelaah buku agama dan membaca al-Quran.

“Anwar turut mengimamkan lebih 300 jemaah banduan dan petugas penjara serta menyampaikan tazkirah selepas solat,” katanya.

Katanya, Ketua Umum PKR itu tidak pernah menyentuh isu politik sebaliknya takzirah tentang nasihat dan bagaimana mahu menjadi manusia yang baik serta berguna kepada manusia lain.

“Tetapi yang menariknya apabila Anwar memberi tazkirah, banduan seolah-olah terpaku dan sentiasa ternanti-nanti pada esoknya apa yang ingin Anwar sampaikan,” katanya.

Sulaiman berkata, kali pertama melihat sel yang didiami Anwar, dia sayu dan sedih.

“Tidak dapat digambarkan bila seorang pemimpin seperti beliau meringkuk di penjara dalam keadaan sedemikian rupa.

“Tapi beliau tidak mudah patah semangat. Dalam penjara pun, beliau selalu beri kata-kata semangat pada semua banduan lain,” katanya.

Mengulas lanjut, Sulaiman berkata keadaan sel penjara amat menyeksakan bagi individu seusia Anwar yang turut menderita sakit belakang.

Katanya, Anwar diberikan sebuah meja sebagai alas tempat tidur dipercayai diberikan selepas peguam membuat bantahan.

“Tetapi yang sedihnya hanya tilam nipis sebagai pengalas untuk baring. Untuk bantal pula atas inisiatif banduan-banduan yang mengumpulkan lipatan kain dan dimasukkan ke dalam sarung sebagai bantal untuk Anwar tidur,” katanya.

Sulaiman turut menceritakan kegemaran Anwar menyanyikan lagu Azizah dan berpuisi ketika berada dalam sel penjara.

Sulaiman berkata, dia juga sempat mencatatkan puisi yang dibacakan oleh Anwar.
Sulaiman baru dibebaskan selepas menjalani hukuman penjara enam bulan kerana memiliki barang curi.

Dia mendakwa dirinya diperdaya untuk membeli sebuah laptop daripada seorang pelajar.

AKHIRNYA AKU BERKAHWIN

Bismillahirrahmannirrahim Alhamdulillah,pada 20 Mei 2017 akhirnya selamat diriku diijabkabulkan dengan pasanganku NUR FILZAH ...