Tuesday, 3 December 2013

INFO ISLAM@HAIWAN JINAK : ULAMA PECINTA KUCING


Ulama muda yang berwajah indah ini salah seorang pecinta kucing.

Siapakah beliau?

Beliau adalah Bintang yang Menyinari Bumi Mesir

Beliau adalah Al-'Allamah Al-mahbub al-fadilatul ustaz Ad-Duktur Syeikh Usamah As-Sayyid Mahmud Muhammad Al-Azhari hafizahullahu dilahirkan di Alexandria pada hari Jum’at, 18 Rejab 1398 H yang bertepatan dengan 16 July 1976 dan dibesarkan di kota Suhaj yang terletak di hulu Sungai Nil.Beliau menghafal Al-Qur’an dibawah bimbingan ayahandanya yang selalu mendoakan agar Allah Ta’ala berkenan menganugerahi beliau ilmu yang luas. Pembetangan tesis PHD Dr Usamah Sayid Mahmud Al-Azhari di kuliah usuluddin wa al-dakwah University Al-Azhar di cawangan Zaqaziq. Beliau memperolehi pangkat MUMTAZ (cemerlang) dengan kepujian pangkat pertama. Kini mengajar di Kulliyah Ushuluddin wad Da’wah Al-Islamiyah di Zaqaziq dan di taklifkan sebagai timbalan mufti mesir.


Beliau mengajar dan menyampaikan pengajian dalam berbagai ilmu keislaman seperti hadits, tafsir, usul fiqh, manthiq, nahwu, dan aqidah. Beliau telah memperoleh ijazah ilmiyah lebih dari tiga ratus ulama pemilik sanad dari berbagai penjuru dunia Islam. Beroleh kemuliaan dengan bermulazamah serta menyertai banyak ulama besar Al-Azhar maupun para ulama besar negeri Yaman, Syam, dan Maghrib. Al-'Allamah Habib Ali hafizahullahu berkata : "Diantara sebab yang menarik dirinya untuk hadir munaqasyah Dr Usamah adalah kerana Dr Usamah diantara ulama muda yang ilmunya melampaui umurnya, ilmunya tentang falsafah zaman sekarang dan peranannya dalam berkhidmat kepada Al-Azhar Al-Syarif."

Gambar di atas syeikh Usamah sedang bermain dengan kucing di Masjid Al-Azhar. Siapa yang selalu pergi atau ikuti kelas di Masjid Al-Azhar pasti akan jumpa dengan kucing ni.


Di Al-Azhar yang mulia, suatu ketika salah seorang seorang imam besar, Syaikhul Islam, pemimpin ulama madzhab

Mailikiyah: Abul Barakat Ahmad Ad-Dardir ~rahimahullah ta’ala wa rhadiya ‘anh~ duduk menyampaikan pengajian dan beliau melihat seorang santri yang kedapatan mengusir dengan kasar seekor kucing yang masuk diantarabarisan jamaah. Menyaksikan hal tersebut Imam Ad-Dardir merasa marah sekaligus merasa sedih. Beliau segera turun dari kursi pengajian dan mengangkat kucing tersebut lalu didudukkannya di samping beliau sendiri.

Lantas beliau mengeluarkan makanan khusus – yang sejatinya untuk beliau makan sendiri- lalu diberikan pada kucing tersebut sehingga kucing itu merasa nyaman jika berada di dekat Imam Ad-Dardir.

Keesokan harinya, setiap Imam Ad-Dardir masuk ke Masjid Agung Al-Azhar kucing itu selalu ikut dan Imam Ad-Dardir begitu menyayanginya. Beliau selalu mendekatkan kucing itu kepadanya dan memberikannya makanan khusus. Bahkan setiap kali Imam Ad-Dardir masuk ke komplek Masjid Al-Azhar, tak tahu entah darimana, kucing-kucing berdatangan dari segenap penjuru berkumpul di dekat kaki beliau sehingga mencapai seratusan ekor dan bahkan lebih.

Habib Umar Ibn zein pernah berkata dalam pengajiannya:
"Diantara ulama yang Allah berikan ilmu pada waktu muda adalah sheikh Usamah Sayyid Al-Azhari."


Moga diri ini dpt mengambil manfaat, istifadah dan belajar dripadanya serta istiqamah dalam menuntut ilmu bersama syeikh usamah hafizahullahu.
Athaalallahu umrahu fis sihhati wal aafiya
     

No comments:

Post a Comment

AKHIRNYA AKU BERKAHWIN

Bismillahirrahmannirrahim Alhamdulillah,pada 20 Mei 2017 akhirnya selamat diriku diijabkabulkan dengan pasanganku NUR FILZAH ...