Monday 30 December 2013

HEBAHAN YANG BENAR..

Pahang Kuat Kuasa Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah 2013

KUANTAN, 26 Dis (Bernama) -- Sebanyak 71 seksyen kesalahan jenayah syariah telahpun dikuatkuasakan di bawah enakmen baharu iaitu Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah 2013 bermula 1 Dis lepas.

Timbalan Yang Dipertua Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang Datuk Seri Wan Abdul Wahid Wan Hassan berkata perkara itu diperkenan Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah pada 25 Okt lepas.

"Sebelum ini kesalahan jenayah syariah terletak di bawah Enakmen Pentadbiran Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang 1982," katanya kepada pemberita di sini Khamis.

Beliau berkata dalam 71 seksyen di bawah enakmen itu terdapat dua seksyen tambahan.

"Dua Seksyen tambahan itu ialah Seksyen 13 iaitu berhubung dengan kesucian agama Islam dan institusinya, termasuk kesalahan menghina atau mengingkari Sultan serta agensi agama yang bernaung di bawahnya.

"Jika sabit kesalahan, boleh didenda tidak lebih RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya," katanya.

Wan Abdul Wahid berkata satu lagi seksyen tambahan ialah Seksyen 33 dan 34 iaitu berkaitan lelaki berlagak (berkelakuan) seperti perempuan dan perempuan berlagak seperti lelaki di mana-mana tempat awam atas tujuan tidak berakhlak.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh didenda tidak lebih RM1,000 atau penjara tidak lebih setahun atau kedua-duanya.

Beliau juga berkata penguatkuasaan enakmen baharu itu turut membabitkan beberapa tambahan dari segi jumlah denda.



-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment

AKHIRNYA AKU BERKAHWIN

Bismillahirrahmannirrahim Alhamdulillah,pada 20 Mei 2017 akhirnya selamat diriku diijabkabulkan dengan pasanganku NUR FILZAH ...