Menutup aurat untuk
wanita-wanita Islam Muslimah adalah wajib tapi ramai yang masih tidak menutup
aurat dengan sempurna sebagaimana yang dituntut Islam. Malah ada yang
seakan-akan memperagakan fesyen seolah-olah mempersendakan hukum atau syariat
Islam. Nauzubillah. Seharusnya kita berbalik kepada niat asal kita kenapa kita
wajib menutup aurat.
Firman Allah swt :
Allah tidak
membebani seseorang melainkan sesuai dgn kesanggupannya. Ia mendapat pahala
(dari kebajikan) yg diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yg
dikerjakannya (Al-Baqarah 286).
1.
Menjalankan syi’ar Islam.
2.
Berniat untuk ibadah.
3.
Menutup aurat terhadap yang bukan muhrim.
4.
Karena saya ingin ta’at kepada Allah yang telah menciptakan saya,
menyempurnakan kejadian, memberi rezki, melindungi, dan menolong saya.
5.
Kerana saya ingin ta’at
kepada Rasul-Nya, pembimbing ummat dengan risalah beliau.
6.
Untuk memperoleh Redha Allah
(InsyaAllah).
7.
Merupakan wujud tanda bersyukur
atas nikmat-Nya yang tiada putus.
8.
Seluruh ulama sepakat bahwa
hukum mengenakan tudung itu wajib.
9.
Agar kaum wanita menutup
auratnya.
10.
Bukan kerana mahu
bergaya.
11.
Bukan kerana mengikut trend.
12.
Bukan kerana berlagak baik.
13.
Bukan kerana mahu menyembunyikan
dosa .
14.
Tidak sekadar bermaksud agar
berbeza dari yang lain.
15.
Meninggikan darjat wanita dari
belenggu kehinaan yang hanya menjadi objek nafsu semata.
16.
Tudung sesuai untuk semua
wanita yang mau menjaga dirinya dari objek nafsu semata.
17.
Saya ingin menjadi wanita solehah.
18.
Saya tengah berusaha mencapai
darjat taqwa.
19.
Tudung adalah pakaian
taqwa.
20.
Tudung adalah identiti wanita muslimah.
21.
Diawali dengan mengenakan
tudung, saya ingin menapak jalan ke surga.
22.
Menjauhkan diri dari azab
panasnya api neraka di hari kemudian.
23.
Isteri-isteri Rasulullah
berbusana muslimah.
24.
Para sahabiah (sahabat Rasulullah yang wanita)
juga berbusana muslimah.
25.
Mereka merupakan anutan seluruh muslimah, begitu
juga saya.
26.
Semoga Allah memberikan kepada
kita balasan jannah yang sama seperti mereka.
27.
Untuk meninggikan izzah
Islam.
28.
Untuk meninggikan izzah (kemuliaan) diri sebagai wanita (muslimah).
29.
Tudung lebih melindungi diri.
30.
Membuat saya lebih merasa aman.
31.
Menjaga diri dari gangguan
lelaki gatal.
32.
Menjaga diri dari obyek
pandangan lelaki yang hanya ingin ‘cuci mata’.
33.
Menjaga diri dari objek syahwat
lelaki.
34.
Menjaga diri dari mata lelaki
yang bernafsu.
35.
Menjaga diri dari tangan-tangan
lelaki yang ingin meraba.
36.
Menghindar dari zina mata dan
zina hati.
37.
Merupakan pencegahan dari
perbuatan zina itu sendiri.
38.
Tudung dapat menghindari saya
dari sikap-sikap yang negatif.
39.
Tudung dapat menghapus
keinginan-keinginan yang menyimpang.
40.
Membuat saya lebih bersahaja.
41.
Membuat saya lebih khusyu’.
42.
Mejauhkan saya dari perbuatan dosa (insyaAllah).
43.
Membuat saya malu bila berbuat
dosa.
44.
Mendekatkan saya pada
Allah.
45.
Mendekatkan saya pada Rasulullah.
46.
Mendekatkan saya pada
nabi-nabi-Nya.
47.
Mendekatkan saya pada sesama
muslim.
48.
Mendekatkan saya pada
ajaran Islam.
49.
Membuat saya tetap ingin belajar tentang Islam.
50.
Membuat saya selalu merasa haus akan ajaran Islam.
51.
Membuat saya tetap ingin
menjalankan ajaran Islam.
52.
Ajaran Islam berlaku sepanjang
masa, tidak ada yang kuno.
53.
Tudung bukan sesuatu yang kuno.
54.
Mengatakan Tudung itu kuno
berarti telah menggugat undang2 Allah.
55.
Allah Yang Maha Mengetahui lebih
tahu apa yang terbaik bagi ummat-Nya.
56.
Tudung, berarti menandakan
kemajuan penerapan ajaran Islam di masa kini.
57.
Merupakan satu barometer telah
terbentuknya suatu lingkungan yang Islami.
58.
Membezakan diri dari penganut
agama lain.
59.
Memudahkan dalam mengenali
sesama saudari seiman.
60.
Memperkuat tali silaturahmi dan
ukhuwah sesama muslimah.
61.
Menghilangkan keraguan saya bila
ingin menyapa saudari muslimah.
62.
Memudahkan menanamkan rasa
sayang-menyayangi sesama saudara/saudari seiman.
63.
Membuat saya lebih
terlihat anggun.
64.
Membuat saya terlihat menyenangkan.
65.
Membuat saya lebih terlihat wanita.
66.
Tidak terlihat seperti
laki-laki.
67.
Membuat saya selalu berada dalam
lingkungan yang Islami.
68.
Tudung menjaga saya dari
pergaulan yang salah.
69.
Memudahkan saya, dengan izin
Allah, mengenal lelaki yang soleh.
70.
Wanita yang baik (solehah)
dengan lelaki yang baik (soleh) pula.
71.
Mudah-mudahan saya diberi jodoh
lelaki yang soleh.
72.
Jodoh merupakan urusan
Allah.
73.
Dengan keta’atan pada Allah,
Allah akan memberikan kemudahan-Nya.
74.
Memudahkan saya dalam
berdakwah..
75.
Membuat lebih mudah bergerak.
76.
Tudung menjagaku sehingga tidak
terlihat lekuk-lekuk tubuh
77.
Sangat susah bila memakai
pakaian wanita seperti trend saat ini (yang ketat).
78.
Saya tidak suka memakai seluar
yang ketat.
79.
Seluar yang ketat dapat
menyebabkan kanser rahim karana suhu di sekitar rahim tidak teratur (Panas).
80.
Jimat masa dalam
berpakaian.
81.
Jimat masa dalam berhias.
82.
Tidak perlu susah-susah selalu berusaha mengikuti trend moden yang berkembang.
83.
Jimat untuk membeli pakaian
yang sedang trend.
84.
Jimat untuk membeli make
up.
85.
Melindungi kulit wajah dari
make up yang dapat merosak kulit.
86.
Melindungi kulit dari sengatan sinar
matahari.
87.
Mengurangkan risiko penyakit
kanser kulit.
88.
Pancaran matahari dapat
mengurangi kelembaban kulit sehingga kulit jadi kering.
89.
Mengurangkan munculnya
bintik-bintik hitam pada permukaan kulit akibat perubahan pigmen di usia
tertenu.
90.
Melindungi rambut dari debu-debu
yang berterbangan.
91.
Debu-debu itu dapat mengotori
rambut dan menyebabkan rambut mudah kotor yang menyebabkan kebotakan.
92.
Membuatkan saya untuk
hidup lebih sederhana.
93.
Menghindari hidup yang membazir.
94.
Membuat diri tidak silau dengan
kemegahan dunia dan segala perhiasannya.
95.
Membuat saya lebih
memikirkan hal lain selain model dan perhiasan.
96.
Menempatkan wanita menjadi subjek dalam proses pembangunan ummat.
97.
Lebih mudah dalam menabung.
98.
Memiliki kesempatan untuk
melakukan ibadah haji.
99.
Memiliki kesempatan lebih banyak
untuk berinfaq dan sedekah.
100.
Itu bererti lebih banyak beramal
untuk bekal di hari kemudian.
101.
Membuat saya merasa menjadi
wanita sejati.
Suruhan ini bukan daripada saya atau mana-mana ulama atau
mufti, tetapi suruhan ini datangnya daripada Allah yang menjadikan kamu.
Hairannya, manusia terima semua yang diberi oleh Pencipta seperti makan, minum,
kesihatan, rezeki dan macam-macam lagi kalau mahu dihitung sudah pasti manusia
tidak dapat menghitungnya nikmat tuhan, tetapi bila disuruh menutup aurat dia
ingkar, suruh solat dia ingkar, suruh zakat dia ingkar dan banyak lagi
keingkaran yang dilakukan oleh manusia.
Allah SWT berfirman yang bermaksud:
"Dan hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu serta janganlah kamu
mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang-orang jahiliah zaman dahulu;
dan dirikanlah sembahyang serta berilah zakat; dan taatlah kamu kepada Allah
dan Rasul-Nya. Sesungguhnya Allah (perintahkan kamu dengan semuanya itu)
hanyalah kerana hendak menghapuskan perkara-perkara yang mencemarkan diri kamu
– Wahai ‘AhlulBait’dan hendak membersihkan kamu sebersih-bersihnya (daripada
segala perkara yang keji)." (Al-Ahzab: 33).