Wednesday, 20 November 2013

Fikirkanlah

Assalamualaikum wmh wbt

Selamat petang dan selamat sejahtera buat yang budiman.Semoga hari ini ceria dari semalam..Cerita petang ini,aaa...nak cerita apa ye.Nak cerita ringkas tapi bermakna dan mungkin sesiapa yang membaca pasti terasa..Biar terasa sekarang jangan terasa bila da kena..

Cerita ringkas untuk pedoman diri.Buat sahabat semuslim yang menjawat jawatan yang tinggi,ingatlah jawatan tak boleh bawak mati..Jawatan yang dipegang adalah amanah tanggungjawab,bukan hak milik abadi.Cuma terpelihara..

Dan berfikirlah secerdik-cerdiknya dalam membuat pertimbangkan dan keputusan apabila orang bawahan kalian meminta pendapat.Jangan usul periksa sndiri umpama Sultan Mahmud menjatuhkan hukuman kepada Dang Anum tanpa diperiksa samaada benar atau salah.Terutama yang berlaku dalam jabatan agaa ini..fikirkanlah..

Tuesday, 19 November 2013

Resepi ∞∞AISKRIM MILO CHIP COKLAT

Assalamualaikum..

Jom mencuba suka-suka atau membuat duit dengan mencipta asikrrim.Pinjam gambar dari satu sumber Internet untuk menampakkan lagi cara pembikinannya.Insyallah,mudah dan boleh buat dengan yakin tanpa was-was.Janji halalan tayyiba..


Bahan-bahan


** 1 Tin Susu Cair

** 1 Biji Telur

** 1 Sudu besar Gula

** 2 Sudu besar Serbuk Milo

** 1 sudu teh Esen Vanilla

** 1 Sudu Ovallet ( Cari yang ada logo halal aje )

** Chip Coklat

 

susu cair + esen vanilla + gula + ovalett + telur



pukul sampai kembang (ringan). ni mungkin dalam 10@15min.. lagi kembang lagi marvelleeeesss.. cair je dalam mulut.. hehe.. 



 

sekarang time menghias plak.. milo tu gaulkan jek sampai sebati.. pastu masuk dalam jug.. nanti senang nak curah masuk dalam bekas kecik2.. jimat masa kan.. tak lah sepah sangat dapur tu.. (padahal dah cukup sepah dah kan,, alise tau.. hehe.. )


 

Isi dalam bekas dan tabur dengan cip coklat

Dan finally

Selamat mencuba...


Monday, 18 November 2013

Salam Kelahiranku ke...

Selamat hari lahir untuk diriku pada 19 November 2013 a.k.a  15 Muharram 1435H..

Semoga dipanjangkan usia dalam mentaatiMu..
Diberkati rezki yang diberi olehMu selama ini
Dipermudahkan hidupku
Moga Allah merahmatiku, keluargaku dan saudara maraku dan sahabat2ku
Hidupku dalam iman
Dipermudahkan urusan hidup dan jodoh yang solehah untukku

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgEPnthHHxwPfmout1mpvcRjm_WoHpHrtxsv0KwDtN6d-QtCEDx_6ExnsJjgvHziKFe5FdgjKKm96kJDb8YZsJnyvG5nU76px15t51YaBA-qayutp6fZeOkU6S5Tfio5qqkXlqYG3AHrieC/s1600/sanah+helwah.jpg

Semoga Allah memberkati hidup sahabat-sahabatku dimana jua mereka berada.Dan mengampunkan dosa mereka..Semoga mereka yang pernah bersalah padaku dimaafkan kesalahan mereka..

Terima KasihMu Ilahi


Syukur atas rahmatMu
kerna masih membiarkan aku bertapak dibumiMu..
Syukurku padaMu tak cukup
untukku membalas segala yang Kau berikan
kerna aku penuh khilaf padaMu
Terkadang aku lupa
Terkadang aku alpa
Namun Engkau tak sesekali pernah melupakan diriku

Terima kasih padaMu Ya Allah
Atas segala nikmat kurniaan dariMu
TanpaMu aku umpama teraba di dalam gelap tanpa cahaya

Terangilah aku Ya Ilahi
Dengan sinar nur rahmatMu
Tunjukkan aku jalan yang diredhai
Jangan biarkan aku sendiri
Dalam menempuh liku hidup yang sementara cuma ini
Tuntunlah aku dari rebahnya dek kejahilan yang lalu
Sedarkan aku ke arah hidup yang direstuiMu

INFO ISLAM

Wednesday, 13 November 2013

Untukmu wanita Islam..

Add caption

UPSR..

Assalamualaikum..

Tahniah ucapan ringkas seringkasnya dari saya buat adik-adik yang bukan adik saya bagi yang meraih 5A @ kurang daripada itu..Raikan dengan kesyukuran dan berdoalah semoga tahun akan datang gigihkan lagi untuk meraih kejayaan pada peperiksaan akan datang..

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiJLAvTLfK1ieo4vSzwQKRWfkTRevZEPZU0_krcqC8XIINABIZwHXQiJbII-_8COYMjBUm1-hjtgvX7g0myT6PMLJVaatqUGphKGrgxJzSrSlV-BketE4I559TF9fXUfHO-qn__zlisDNnl/s320/UPSR.jpg

Ingatlah MATI..Bukan takut mati..

 

Dalam menempuh  hidup ini
Hadapilah kesukaran dan kepayahan
Kerna jika menghadapi segala kesukaran
Pasti ada hikmahnya disebalik itu
Hadapilah hidup ini dengan tenang
Umpama melayari lautan yang merapi
Hadapi dengan : )
Tabahkan hati dan kentalkan diri
Dalam kehidupan jangan lupa ingat pada kematian
Jangan takut menghadapi mati
Persiapkanlah diri
Semoga akhir hidup kita
Khusnul Khatimah
Pengakhiran yang indah
Semoga menuju ke syurga yang abadi
Dengan rahmatNya

PROGRAM HARI ASYURA : 14 November 2013

Assalamualaikum..

Mai beramai-ramai menuju ke rumah Allah lokasi : MASJID ABU BAKAR TEMERLOH pada malam ini untuk meraikan MAJLIS 10 MUHARRAM dihiasi dengan ceramah yang akan disampaikan oleh Dr.Basri,Pensyarah Unisza Terengganu.

Penuhi hati dengan ilmu yang bermanfaat.Salam hijrah yang membawa kepada kebaikan.


Hari Asyura dan Kebinasaan Orang-orang Zalim

 http://shafiqolbu.files.wordpress.com/2011/12/hari-asyura.jpg

 Tazkirah Sempena Hari Asyura

Kezaliman dengan segala bentuknya adalah hal yang sangat dibenci dalam Islam. Walaupun yang dizalimi bukanlah orang -orang Islam. Kerana Allah swt. berfirman dalam sebuah hadis qudsi : "Sesungguhnya Aku tidak akan berbuat dhalim . Aku juga jadikan kezaliman sebagai sesuatu yang haram kalian lakukan . Maka janganlah kalian saling mendhalimi . "

Ketika berpindah ke Madinah, Rasulullah saw . mendapati orang -orang Yahudi berpuasa pada tanggal 10 Muharram ( Asyura ) . Beliau bertanya, dan mereka menjawab , "Ini adalah hari baik . Ini adalah hari Allah swt. menyelamatkan Bani Israil dari musuhnya ( Firaun ) . Oleh kerana itu Nabi Musa as . melaksanakan puasa pada hari ini. "Rasulullah saw . berkata, " Aku lebih berhak atas Nabi Musa daripada kalian." Maka Rasulullah saw . pun berpuasa dan memerintahkan umat Islam untuk mengikutinya.

Awalnya puasa Asyura adalah wajib. Namun setelah turun perintah puasa bulan Ramadhan, puasa ini menjadi sunah . Rasulullah saw . menjanjikan orang yang melaksanakan puasa ini dengan keampunan perbuatan -perbuatan dosa yang dilakukan selama setahun yang lalu.

Hikmah ajaran puasa ini, Rasulullah saw . ingin kita semua membaca dan mengambil pelajaran dari sejarah. Bani Israil pernah berada pada masa yang sangat sukar. Banyak orang meyakini bahawa kemenangan mereka adalah sesuatu yang mustahil. Firaun akan tetap berkuasa; orang -orang dhalim akan tetap menduduki jabatannya .

Namun tiba -tiba persepsi itu berubah seketika. Firaun dengan sombongnya memimpin pasukan menyeberangi Laut Merah setelah melihat Bani Israil menyeberanginya dengan sebuah mukjizat. Saat itulah Firaun dan pasukannyan dibinasakan dalam sekelip mata. Seperti inilah di antara kekuasaan Allah swt.

Penguasa yang dhalim , sekuat apapun , pasti sedang menapaki jalan kebinasaannya. Rasulullah saw . bersabda , "Sesungguhnya Allah swt. memberi tenggang waktu kepada orang zalim , sehingga ketika disiksa tidak boleh mengelak lagi . "

Keyakinan dengan kemenangan dan pertolongan Allah swt. tidak boleh mati di hati umat Islam. Allah swt. berfirman: "Kemenangan itu adalah milik orang -orang yang bertakwa. " [Al- A'raf : 128] . Dan kebinasaan penguasa zalim tidak hanya terjadi pada zaman Nabi Musa as. saja . Tapi akan terjadi seterusnya . Allah swt. berfirman : "Dan berapa banyaknya (penduduk ) negeri yang zalim yang telah Kami binasakan , dan Kami adakan sesudah mereka itu kaum yang lain ( sebagai penggantinya ) . " [Al- Anbiya: 11 ]

Ketika Abu Jahal terbunuh dalam perang Badar, Rasulullah saw . berkata , "Ini adalah firaunnya umat ini. " Perkataan ini menunjukkan bahawa akan ada penguasa- penguasa yang zalim , tapi akhir mereka selalu saja kebinasaan seperti yang dialami Firaun.

Rasulullah saw . ingin umatnya mengingatkan dan meyakini kemenangan dan pertolongan Allah swt. ini, hingga akhirnya beliau memerintahkan umatnya melakasanakan puasa Asyura.

Benda Yang Pernah kita nikmati dulu Tapi Sekarang Jarang Jumpa

Assalamualaikum..

Banyak benda/perkara yang kita lakukan atau ada dulu budak zaman sekarang tak mungkin dapat nikmati. ini kerana mereka sudah mempunyai benda lain yang menarik perhatian mereka. Mari kita tengok apa benda yang dulu kita nikmati tapi sekarang tak ada lagi.Kalau ada pun jarang-jarangla.Inilah dinamakan kenangan terindah..Haha..

1.Masih ingat lagi pada 2 kotak permainan ini?

Dingdang & Tora Datang Lagi ( Bak kata Mat Sentul dalam tv1. )Beli aje dalam RM1 dalam ada 3 @ 4 butir coklat dan permainan kanak2



2. Video tape..Nak beli video pun jenis empat segi besar.Harga boleh tahanla.First tengok kat tap filem STORMRIDERS time darjah Enam.


 

 3.Games batu bata.Ada dalam Gameboy.Sekarang dalam HP pun da canggih..


 


 4. Rancangan kartun DORAEMON.Am..am..am...Biasanya disiarkan dalam Jam 7pm di tv1.Sekaran masih ada cuma tak layan dah sebab dan besyar.





 5. Chatting guna MIRC.Rangkaian chatting paling best dan blh dapat kenalan seberapa banyak yang boleh.Tahun berakhirnya pada sekitar 2004 rasanya.Sayangnya da takde..


 Dan banyak lagilah yang ada masa dulu-dulu.Tapi sekarang jarang dah jumpa kerana kecanggihan era teknologi.Kalau sesaper yang tahu lagi,boleh berkongsi dengan saya ye..Selamat malam..










AKHIRNYA AKU BERKAHWIN

Bismillahirrahmannirrahim Alhamdulillah,pada 20 Mei 2017 akhirnya selamat diriku diijabkabulkan dengan pasanganku NUR FILZAH ...