
Monday, 21 March 2016
HADIS 40 IMAM AN-NAWAWI KE-22 :JALAN MENUJU SYURGA
Daripada
Abu Abdullah Jabir ibn Abdullah al-Ansarie r.a.(beliau meriwayatkan):
Bahawa seorang lelaki telah bertanyakan Rasulullah SAW,
dia berkata: Bagaimana pandanganmu jika
aku mendirikan sembahyang-sembahyang fardhu, aku berpuasa
bulan Ramadhan, aku menghalalkan
perkara yang halal dan aku mengharamkan perkara yang
haram. Aku tidak akan menambah apa-apa
lagi lebih daripada itu. Apakah aku akan masuk syurga?
Baginda bersabda: Ya!
Hadis riwayat al-lmam Muslim.
HADIS 40 IMAM AN-NAWAWI KE-21 : ISTIQOMAH
Daripada
Abu `Amru – atau digelar juga Abu `Amrah – Sufian ibn Abdullah r.a. beliau
berkata:
Aku berkata: Wahai Rasulullah! Ajarkan untukku dalam
lslam suatu ucapan yang aku tidak perlu lagi bertanya kepada orang lain
selainmu. Baginda bersabda: Ucapkanlah: Aku beriman kepada Allah.
Kemudian hendaklah engkau beristiqamah.
Hadis riwayat al-lmam Muslim.

HADIS 40 IMAM AN-NAWAWI KE-20 : KEUTAMAAN MALU
Daripada
Abu Mas’uud ‘Uqbah ibn ‘Amru al-Ansarie al-Badrie r.a. beliau berkata:
Rasulullah SAW telah bersabda:
Sesungguhnya antara kata-kata ungkapan Kenabian terdahulu
yang dapat diketahui dan dipetik oleh manusia ialah: Jika engkau tidak malu,
maka lakukanlah apa sahaja yang engkau mahu.
Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari.

Sunday, 20 March 2016
BLOG BERMANFAAT
http://www.kumpulanmisteri.com/
Assalamualaikum..
Segala ada disini..In Shaa Allah
Nasihat..Petua..Tazkirah...Jangan lupa melayarinya...
Moga yang baik jadikan amalan..
Yang kurang..tambahkanlah..
Assalamualaikum..
Segala ada disini..In Shaa Allah
Nasihat..Petua..Tazkirah...Jangan lupa melayarinya...
Moga yang baik jadikan amalan..
Yang kurang..tambahkanlah..
TAZKIRAH DINIHARI : 4 AMALAN YANG BISA MEMADAMKAN API DI DALAM KUBUR
Bismillahirrahim..
Selamat pagi semua.Semoga ada yang bisa bangkit untuk
menunaikan shalat Tahajjud dan bermunajat kepadaNya..Semoga Allah SWT
membahagiakan buat sahabat-sahabat di dunia dan juga di akhirat.
Secebis tazkirah untuk diri ini dan semua yang
membaca.Semoga bermanfaat..
4
AMALAN YANG BISA MEMADAMKAN API DI DALAM KUBUR

1. Solat
memadamkan api pertama
Solat
merupakan tiang agama yang menjadi ciri utama seorang muslim. Salah satu
kewajiban yang mempunyai pahala dahsyat adalah solat. Bahkan, diketahui bahawa
seseorang di alam kubur nanti, perkara utama yang akan ditanyakan adalah solat.
Apabila ibadah solat seseorang selalu tepat, baik, dan sesuai atas tuntutan
Rasulullah maka semua tingkah laku juga akan mengikutinya, yakni perilaku baik.
Begitu juga sebaliknya. Hal ini menunjukkan bahawa solat dijadikan sebagai
indikator tingkah laku seseorang. Oleh kerana itu, dengan ibadah solat yang
baik dan benar maka Allah akan melindungi kita dari panasnya api neraka. Inilah
manfaat solat 5 waktu.

2. Puasa
memadamkan api kedua
Puasa
adalah ibadah yang mempunyai banyak manfaat. Selain sebagai bentuk cinta kita
pada Allah dan Rasul-Nya, ibadah ini juga dapat menahan nafsu kita. Dengan
puasa, maka kita menahan untuk tidak makan dan minum dari subuh hingga maghrib.
Walau bagaimanapun, keutamaan puasa yang sebenarnya adalah menahan nafsu untuk
perbuatan-perbuatan yang tidak berguna. Tidak hanya puasa wajib Ramadhan yang
boleh kita lakukan. Terdapat beberapa ibadah puasa sunnah yang menambah ridho
Allah untuk senantiasa melindungi kita dari api neraka. Hikmah dan manfaat
puasa akan didapatkan jika kita melakukannya hanya untuk Allah.

3.
Sedekah memadamkan api ketiga
Ibadah
yang cukup mudah untuk dilakukan adalah sedekah. Bahkan, senyum sudah dikira
sebagai sedekah. Sehingga sedekah tidak hanya boleh dilakukan bagi orang yang
berharta tetapi orang yang rendah tingkat ekonominya pun boleh melakukan amalan
ini. Sedarilah, bahawa apa yang kita miliki sekarang ini bukanlah milik kita.
Namun, semua ini hanyalah titipan Allah yang pada suatu saat nanti boleh
diambil oleh-Nya. Oleh kerana itu, apa salahnya jika kita berkongsi dengan
orang lain yang lebih memerlukan. Gunakanlah harta benda titipan Allah di jalan
Allah pula. Keajaiban sedekah dan istighfar akan menghindarkan kita dari api
neraka.

4.
Kesabaran memadamkan api keempat
Kita
sering mendengar kata kesabaran ada batasnya. Sebenarnya, hal ini tidak benar.
Kesabaran tidak mempunyai batas tapi yang mempunyai batas adalah keimanan orang
tersebut. Orang yang beriman maka ia akan mempunyai kesabaran dalam menjalani
setiap kehidupan, walaupun itu menyusahkan atau menyedihkan. Sebuah dalil yang
terkenal mengatakan bahawa orang sabar disayang Allah. Hal ini benar adanya,
Allah menyukai orang yang sabar kerana disetiap musibah akan ada keindahan yang
lebih jika kita menjalaninya dengan sabar dan ikhlas.

Subscribe to:
Posts (Atom)
AKHIRNYA AKU BERKAHWIN
Bismillahirrahmannirrahim Alhamdulillah,pada 20 Mei 2017 akhirnya selamat diriku diijabkabulkan dengan pasanganku NUR FILZAH ...
-
Daripada Abu Ruqaiyyah Tamim ibn Aus al-Daarie r.a. bahawa Nabi SAW telah bersabda: Agama itu adalah nasihat. Kami berkata: Untuk sia...
-
Menutup itu indah Dedah itu bahana Usah biarkan tubuh dibaluti hanya kerana ingin menunjuk ekcantikan Kerna neraka akan rindu pad...
