Sunday, 20 March 2016

TAZKIRAH DINIHARI : 4 AMALAN YANG BISA MEMADAMKAN API DI DALAM KUBUR


Bismillahirrahim..

Selamat pagi semua.Semoga ada yang bisa bangkit untuk menunaikan shalat Tahajjud dan bermunajat kepadaNya..Semoga Allah SWT membahagiakan buat sahabat-sahabat di dunia dan juga di akhirat.

Secebis tazkirah untuk diri ini dan semua yang membaca.Semoga bermanfaat..

 4 AMALAN YANG BISA MEMADAMKAN API DI DALAM KUBUR



1. Solat memadamkan api pertama

Solat merupakan tiang agama yang menjadi ciri utama seorang muslim. Salah satu kewajiban yang mempunyai pahala dahsyat adalah solat. Bahkan, diketahui bahawa seseorang di alam kubur nanti, perkara utama yang akan ditanyakan adalah solat. Apabila ibadah solat seseorang selalu tepat, baik, dan sesuai atas tuntutan Rasulullah maka semua tingkah laku juga akan mengikutinya, yakni perilaku baik. Begitu juga sebaliknya. Hal ini menunjukkan bahawa solat dijadikan sebagai indikator tingkah laku seseorang. Oleh kerana itu, dengan ibadah solat yang baik dan benar maka Allah akan melindungi kita dari panasnya api neraka. Inilah manfaat solat 5 waktu.





2. Puasa memadamkan api kedua

Puasa adalah ibadah yang mempunyai banyak manfaat. Selain sebagai bentuk cinta kita pada Allah dan Rasul-Nya, ibadah ini juga dapat menahan nafsu kita. Dengan puasa, maka kita menahan untuk tidak makan dan minum dari subuh hingga maghrib. Walau bagaimanapun, keutamaan puasa yang sebenarnya adalah menahan nafsu untuk perbuatan-perbuatan yang tidak berguna. Tidak hanya puasa wajib Ramadhan yang boleh kita lakukan. Terdapat beberapa ibadah puasa sunnah yang menambah ridho Allah untuk senantiasa melindungi kita dari api neraka. Hikmah dan manfaat puasa akan didapatkan jika kita melakukannya hanya untuk Allah.




3. Sedekah memadamkan api ketiga

Ibadah yang cukup mudah untuk dilakukan adalah sedekah. Bahkan, senyum sudah dikira sebagai sedekah. Sehingga sedekah tidak hanya boleh dilakukan bagi orang yang berharta tetapi orang yang rendah tingkat ekonominya pun boleh melakukan amalan ini. Sedarilah, bahawa apa yang kita miliki sekarang ini bukanlah milik kita. Namun, semua ini hanyalah titipan Allah yang pada suatu saat nanti boleh diambil oleh-Nya. Oleh kerana itu, apa salahnya jika kita berkongsi dengan orang lain yang lebih memerlukan. Gunakanlah harta benda titipan Allah di jalan Allah pula. Keajaiban sedekah dan istighfar akan menghindarkan kita dari api neraka.





4. Kesabaran memadamkan api keempat



Kita sering mendengar kata kesabaran ada batasnya. Sebenarnya, hal ini tidak benar. Kesabaran tidak mempunyai batas tapi yang mempunyai batas adalah keimanan orang tersebut. Orang yang beriman maka ia akan mempunyai kesabaran dalam menjalani setiap kehidupan, walaupun itu menyusahkan atau menyedihkan. Sebuah dalil yang terkenal mengatakan bahawa orang sabar disayang Allah. Hal ini benar adanya, Allah menyukai orang yang sabar kerana disetiap musibah akan ada keindahan yang lebih jika kita menjalaninya dengan sabar dan ikhlas.

No comments:

Post a Comment

AKHIRNYA AKU BERKAHWIN

Bismillahirrahmannirrahim Alhamdulillah,pada 20 Mei 2017 akhirnya selamat diriku diijabkabulkan dengan pasanganku NUR FILZAH ...