Monday, 5 January 2015

Renungan hati untuk kaum hawa


Assalamualaikum

Sedikit renungan ..

Yang pernah diberitahu  jakamusafir oleh seseorang tentang perkara di atas tempoh hari

Sesungguhnya orang yang masa silamnya buruk tak mungkin akan buruk pada masa hadapan..Kerana pintu perubahan terbuka luas untuknya untuk mengubah diri menjadi yang terbaik di sisi Allah..Pintu taubat sentiasa dibuka sebelum dikatup apabila kematian menjelang.

Buat wanita  yang punya masa silam kelam,jangan takut..pasti ada jodoh yang baik buat kalian.Asalkan berubah dan berusaha menjadi wanita Solehah..Wanita Solehah itu bukanlah dari seorang yang bergelar ustazah.tapi sesiapa sahaja boleh menggapainya..


Allah dalam hati..


Friday, 26 December 2014

Sekadar lawak....puchline blh diterima x?

Picisan memori hujung tahun

Assalamualaikum..

Dalam beberapa hari di Temerloh,hujan turun tak henti-henti.Semakin hujan turun semakin air bah melimpah.Ya Allah,Tahun 1971 tragedi banjir berulang lagi,malah lebih teruk dari tahun 2007 dan 2013 yang lalu di Temerloh.Kasihan bagi mangsa yang menghadapinya.Ku lihat ada yang sudah memunggah barang-barang rumah.Ada juga rumah orang-orang tua yang ditenggelami air di area Bangau Tanjung.Kasihan mereka.Bersyukurlah rumahku di Jerantut selamat dari musibah dan juga rumah sewa di Temerloh.Cuma ada juga sesetengah mereka yang tak mengambil iktibar.Ada juga yang mengambil kesempatan dengan menggunakan handphone menyelfiekan diri dengan gaya yang tak enak dipandang.Akal ada kenapa tak diguna.Lainlah kalau haiwan.Kena fikir dan muhasabah diri kalau nak buat sesuatu.Mungkin bagi yang buat demikian tak merasa azab musibah yang melanda.Tapi ingatlah,KUN FAYAKUN,Allah Maha Kuasa,Jika Dia nak tenggelamakan bumi Temerloh ni sekelip mata,Dia pasti lakukan.Jadi beringatlah,doakan mereka agar selamat dari musibah..Salam dari Jaka..

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiC2N4QUpwvzMYvyr1j5bvjyDvOu4VXq7W1s0FRLPsgAp1CrfyXr3Ghz9rs58SkHh3BoT25TJ-sqGUt0_RCECKucqdUqyOoxQMOtIkrO6Pxt9kTlH4LueLWHXLmfpfWL21yu9vPMwVV4fuI/s1600/ujian2.png

AKHIRNYA AKU BERKAHWIN

Bismillahirrahmannirrahim Alhamdulillah,pada 20 Mei 2017 akhirnya selamat diriku diijabkabulkan dengan pasanganku NUR FILZAH ...