Assalamualaikum..
Dalam beberapa hari di Temerloh,hujan turun tak henti-henti.Semakin hujan turun semakin air bah melimpah.Ya Allah,Tahun 1971 tragedi banjir berulang lagi,malah lebih teruk dari tahun 2007 dan 2013 yang lalu di Temerloh.Kasihan bagi mangsa yang menghadapinya.Ku lihat ada yang sudah memunggah barang-barang rumah.Ada juga rumah orang-orang tua yang ditenggelami air di area Bangau Tanjung.Kasihan mereka.Bersyukurlah rumahku di Jerantut selamat dari musibah dan juga rumah sewa di Temerloh.Cuma ada juga sesetengah mereka yang tak mengambil iktibar.Ada juga yang mengambil kesempatan dengan menggunakan handphone menyelfiekan diri dengan gaya yang tak enak dipandang.Akal ada kenapa tak diguna.Lainlah kalau haiwan.Kena fikir dan muhasabah diri kalau nak buat sesuatu.Mungkin bagi yang buat demikian tak merasa azab musibah yang melanda.Tapi ingatlah,KUN FAYAKUN,Allah Maha Kuasa,Jika Dia nak tenggelamakan bumi Temerloh ni sekelip mata,Dia pasti lakukan.Jadi beringatlah,doakan mereka agar selamat dari musibah..Salam dari Jaka..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
AKHIRNYA AKU BERKAHWIN
Bismillahirrahmannirrahim Alhamdulillah,pada 20 Mei 2017 akhirnya selamat diriku diijabkabulkan dengan pasanganku NUR FILZAH ...
-
Assalamualaikum.. Malam ni tak ada apa yang dikongsi.Cuma nak share buat semua pecinmta deco home.Setuju tak kalau ruang tamu rumah kita d...
-
Daripada Abu Hurairah r.a beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda: "Sebahagian daripada keelokan seorang mukmin ialah meninggalk...
-
Daripada Abu Zar Jundub ibn Junadah dan Abu Abdul Rahman Mu’az ibn Jabal, r.a. daripada Rasulullah SAW, bahawa Baginda bersabda: Bertaqwa...
No comments:
Post a Comment