Wednesday, 13 November 2013

Ringkasan Sirah 10 MUHARRAM

  • Hari pertama Allah menciptakan alam.
  • Hari pertama Allah menurunkan rahmat.
  • Hari pertama Allah menurunkan hujan.
  • Allah menjadikan 'Arasy.
  • Allah menjadikan Luh Mahfuz.
  • Allah menjadikan Malaikat Jibril.
  • Nabi Adam a.s. dicipta.
  • Diampunkan dosa Nabi Adam a.s. setelah bertahun-tahun memohon keampunan kerana melanggar larangan Allah.
  • Nabi Idris a.s. diangkat darjatnya oleh Allah dan Malaikat Izrail membawanya ke langit.
  • Diselamatkan Nabi Nuh a.s. dan pengikutnya dari banjir besar selama enam bulan dan bahtera baginda selamat berlabuh di puncak pergunungan.
  • Nabi Ibrahim a.s. dilahirkan di kawasan pedalaman dan terselamat dari buruan Raja Namrud.
  • Nabi Ibrahim a.s. diselamatkan Allah dari api Raja Namrud.
  • Nabi Yusuf a.s. dibebaskan dari penjara setelah meringkuk di dalamnya selama tujuh tahun.
  • Nabi Yaakub a.s. telah sembuh buta matanya ketika kepulangan anaknya Yusuf di hari tersebut.
  • Nabi Ayub a.s. disembuhkan dari penyakitnya.
  • Nabi Musa a.s. telah diselamatkan daripada tentera Firaun dan berlakunya kejadian terbelahnya Laut Merah.
  • Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa a.s..
  • Nabi Yunus a.s. selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
  • Kesalahan Nabi Daud a.s. diampuni Allah.
  • Nabi Sulaiman a.s. dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
  • Nabi Isa a.s. diangkat ke syurga ketika diburu oleh tentera Rom untuk menyalib baginda.
  • Saidina Hussein ibni Ali telah syahid akibat dibunuh dengan kejam di Karbala oleh kaum Syiah Kufah, dan mereka kemudiannya memfitnah Khalifah Yazid ra dari Bani Umaiyah membunuh Saiyiduna Hussain ra. Fitnah ini digembar gemburkan oleh kaum Syiah, dan mereka mengelirukan umat manusia dengan menyambut hari Asyura dengan 'pesta menyakiti diri' konon sebagai tanda kesal diatas kewafatan Saiyiduna Hussain ra.

Sejenak bersama miau-miau ku






 Edapnyeeerr landing atas katil.Bukan senang nak dapat.











Siputih cover bila diambil gambanya.Manakala dua ekor miau sedang memerhatikan 'lauk' di hadapan mereka..





Tukang jual kuih raya..Sape mau beli.Rm1 sahaja!



Siapa datang tu?Musuh?









PUITIS HATI


 https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjZYfEi2n86YsOzgL4tIuqBUjduFGsuElEUsA6fVk1P0QORr4ooyrr_loWJMsE_-PsN6emEzXvsYhf_ejBvb4UmRlyWZXHtxQie-AH9h7rCtGev22dGKRe6MvHGFsMCrhJyJ6hFhipfRPQ/s400/love+allah.JPG



DIA(ALLAH SWT)

DENGARLAH WAHAI MANUSIA
HIDUP KITA HANYALAH SEMENTARA
KELAK AKAN TIBA SAAT KITA PASTI BINASA
KELAK KITA SEMUA AKAN KEMBALI KE HADRAT-NYA

DERASNYA HUJAN ITU
TANDA KEKUASAAN-NYA
BILA TIBA SAAT NANTI
MULUT KITA TERKUNCI
KATA AMPUNAN SUDAH TIADA ERTINYA

SEBELUM TIBA MASA ITU
TUTURKANLAH KATA CINTA UNTUK-NYA
TIADA KATA YANG TERINDAH HANYALAH BISMILLAH

DERAINYA AIR MATA DI ATAS HAMPARAN SUJUD
MOHON AGAR IKHLASKAN HATI KITA PADA-NYA
DENGAN MEMBACA LAFAZ TERAGUNG
HANYA UNTUK-NYA
HANYA CINTA-NYA
HANYA DIA TEMPAT KITA KEMBALI SELAMANYA



Tuesday, 12 November 2013

Tentang kucing : Bersama kucingketika sedang makan

AKTIVITI TIME CUTI : 15 Disember 2013



Jom masuk..

Teringin nak join aktiviti ni..Nak tenangkan fikiran..

Salam 10 Muharram 1435H

Assalamualaikum..

Tiada yang ingin diperkatakan.
Hanya untuk mengucapkan kepada umat Islam seluruh dunia milik Allah SWT

SALAM 10 MUHARRAM A.K.A YAUMUL A'SYURA

Perbanyakkan ibadah di bulan ini dan juga berpuasa sunat.Semoga Allah memberi keberkatan pada hidup kita.

DOA KHUSUS HARI ASYURA




http://shafiqolbu.files.wordpress.com/2011/12/doa-hari-asyura3.png

PESAN NABI SAW



Pesanan Rasulullah S.A.W. sebelum tidur

Sebelum tidur, Rasulullah SAW pernah berpesan kepada Saidatina Aisyah :
“Ya Aisyah, jangan engkau tidur, sebelum melakukan 4 perkara iaitu :
1. khatam Al Qur’an

2. Membuatkan para nabi memberi syafaat kepadamu di hari akhirat

3. Membuatkan para muslim meredhai kamu

4. Melaksanakan ibadat haji dan umrah.

Bertanya Aisyah :
“Ya Rasulullah, bagaimanakah aku dapat melaksanakan 4 perkara dalam satu masa?”
Rasulullah tersenyum sambil bersabda :

“Jika engkau tidur bacalah Surah Al -Ikhlas 3 kali, (maka ia seolah-olah kau mengkhatamkan Al Qur’an).

Dan Bacalah selawat untukKu dan para nabi sebelumku, (maka kami semua akan memberi syafaat kpdmu di hari kiamat).

Dan Beristighfarlah untuk para muslimin (maka mereka semua akan meredhai kamu).

Dan perbanyakkanlah bertasbih, bertahmid, bertahlil, dan bertakbir (maka ia seolah-olah kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah)”

AKHIRNYA AKU BERKAHWIN

Bismillahirrahmannirrahim Alhamdulillah,pada 20 Mei 2017 akhirnya selamat diriku diijabkabulkan dengan pasanganku NUR FILZAH ...