Monday, 2 December 2013

MUHASABAH NAFSI




MAKLUMAT PENUMPANG

Nama Sebenar : Hamba ALLAH
Gelaran : Insan
Asal : Tanah
Alamat : Planet Bumi

MAKLUMAT TENTANG PERJALANAN

Tempoh Berlepas : Kehidupan Dunia
Tempoh Perjalanan : Cuma Seketika Dan Beberapa Meter Dari Perut Bumi
Destinasi : Akhirat
Masa Berlepas : Ketika Di Datangi Malaikat
Masa Hadir : Ketika Dan Selepas Nyawa Di Cabut
Bentuk Tempahan : Tetap, Pasti Dan Tidak Berubah

SYARAT-SYARAT PERJALANAN

Dituju kepada semua penumpang.

Diminta ambil perhatian, kerana mereka akan memulakan perjalanan dengan meninggalkan kehidupan di dunia dan menuju ke akhirat.

Sila perhatikan ketua anda semua (pilot) yang di khaskan iaitu malaikat maut.

Bagi penumpang yang belum jelas, dapatkan maklumat lanjut daripada kenyataan yang terdapat di dalam Al-Quran dan hadis-hadis Rasulullah serta menurutinya dengan berhati-hati.

Sebarang masalah dan persoalan hendaklah di rujuk kepada para ulama dan cendiakawan.

BARANG YANG DI BENARKAN

5 Meter Kain Kafan

Kapas Putih Secukupnya

Muatan Lain Yang Di Benarkan :

Amal Soleh Sedekah Jariah Anak Soleh Yang Mendoakan Kedua Ibu Bapa Ilmu Yang Manfaat

Perhatian MUATAN LAIN yang DITEGAH adalah TANGGUNGJAWAB penumpang. Barang siapa yang tidak mematuhi akan DISEKSA.

SAAT DAN WAKTU BERLEPAS

Semua penumpang yang sudah mempunyai tiket, pasport atau tidak mempunyai kedua-duanya hendaklah bersiap sedia, setiap saat jika tidak mahu menghadapi sebarang kesulitan.

DI ULANG...

Tempahan perjalanan adalah tetap dan pasti, yang tidak perlu di ingat lagi... Tetapi atas dasar peringatan kepada para penumpang, maka kami menulis notis ini untuk anda semua.

Hendaklah anda mengambil perhatian yang sewajarnya tentang perjalanan ini. Terima kasih kepada semua kerana memberi peluang terhadap kami untuk menabur khidmat kepada semua.

Semoga bergembira dengan perjalanan yang menarik, sesuai dengan firman ALLAH dalam surah AL-KHAFI :

"Barang siapa yang mengharapkan perjumpaan yang baik dengan TUHANNYA, maka hendaklah dia mengerjakan amalan yang baik, janganlah pula mengsyirikkan ALLAH dengan sesuatu"

Wallahualam..

Ragam kucing : Saat di sejadah


Sedang Aina bersolat,tiba-tiba sahaja si Mucuk datang dengan muka yang tersenyum(senyum ngada atau baru lepas dapat curi lauk jiran sebelah ).

Aina yang sedang khusyuk membaca al-Fatihah tersedar apabila si Mucuk duduk di hadapannya di sejadah.

Eii..geramnya..macamne nak sujud nanti.Aina mula buat muka geramnya pada Mucuk..

Dalam hatinya berkata,'Mucuk gi larilah.orang nak sujud macamne nanti.

Mucuk buat muka selamba..Lastly,dia baring pulak dan mintak dimanja..Alahai..geramnya..Taulah pas solat nanti ko,aku anduk pale...

Cuit cuit blogger

Assalamualaikum..

Selamat pagi dan selamat melihat hujan yang turun tak berhenti2..

Sudah lama tak menjenguk blog ini.Agaknya terlalu sibuk dengan kerja.Semoga anda yang sudi menjenguk blog ini,jangan lupa baca dan sampaikan pada orang ialin iya..

Wednesday, 20 November 2013

Fikirkanlah

Assalamualaikum wmh wbt

Selamat petang dan selamat sejahtera buat yang budiman.Semoga hari ini ceria dari semalam..Cerita petang ini,aaa...nak cerita apa ye.Nak cerita ringkas tapi bermakna dan mungkin sesiapa yang membaca pasti terasa..Biar terasa sekarang jangan terasa bila da kena..

Cerita ringkas untuk pedoman diri.Buat sahabat semuslim yang menjawat jawatan yang tinggi,ingatlah jawatan tak boleh bawak mati..Jawatan yang dipegang adalah amanah tanggungjawab,bukan hak milik abadi.Cuma terpelihara..

Dan berfikirlah secerdik-cerdiknya dalam membuat pertimbangkan dan keputusan apabila orang bawahan kalian meminta pendapat.Jangan usul periksa sndiri umpama Sultan Mahmud menjatuhkan hukuman kepada Dang Anum tanpa diperiksa samaada benar atau salah.Terutama yang berlaku dalam jabatan agaa ini..fikirkanlah..

Tuesday, 19 November 2013

Resepi ∞∞AISKRIM MILO CHIP COKLAT

Assalamualaikum..

Jom mencuba suka-suka atau membuat duit dengan mencipta asikrrim.Pinjam gambar dari satu sumber Internet untuk menampakkan lagi cara pembikinannya.Insyallah,mudah dan boleh buat dengan yakin tanpa was-was.Janji halalan tayyiba..


Bahan-bahan


** 1 Tin Susu Cair

** 1 Biji Telur

** 1 Sudu besar Gula

** 2 Sudu besar Serbuk Milo

** 1 sudu teh Esen Vanilla

** 1 Sudu Ovallet ( Cari yang ada logo halal aje )

** Chip Coklat

 

susu cair + esen vanilla + gula + ovalett + telur



pukul sampai kembang (ringan). ni mungkin dalam 10@15min.. lagi kembang lagi marvelleeeesss.. cair je dalam mulut.. hehe.. 



 

sekarang time menghias plak.. milo tu gaulkan jek sampai sebati.. pastu masuk dalam jug.. nanti senang nak curah masuk dalam bekas kecik2.. jimat masa kan.. tak lah sepah sangat dapur tu.. (padahal dah cukup sepah dah kan,, alise tau.. hehe.. )


 

Isi dalam bekas dan tabur dengan cip coklat

Dan finally

Selamat mencuba...


Monday, 18 November 2013

Salam Kelahiranku ke...

Selamat hari lahir untuk diriku pada 19 November 2013 a.k.a  15 Muharram 1435H..

Semoga dipanjangkan usia dalam mentaatiMu..
Diberkati rezki yang diberi olehMu selama ini
Dipermudahkan hidupku
Moga Allah merahmatiku, keluargaku dan saudara maraku dan sahabat2ku
Hidupku dalam iman
Dipermudahkan urusan hidup dan jodoh yang solehah untukku

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgEPnthHHxwPfmout1mpvcRjm_WoHpHrtxsv0KwDtN6d-QtCEDx_6ExnsJjgvHziKFe5FdgjKKm96kJDb8YZsJnyvG5nU76px15t51YaBA-qayutp6fZeOkU6S5Tfio5qqkXlqYG3AHrieC/s1600/sanah+helwah.jpg

Semoga Allah memberkati hidup sahabat-sahabatku dimana jua mereka berada.Dan mengampunkan dosa mereka..Semoga mereka yang pernah bersalah padaku dimaafkan kesalahan mereka..

Terima KasihMu Ilahi


Syukur atas rahmatMu
kerna masih membiarkan aku bertapak dibumiMu..
Syukurku padaMu tak cukup
untukku membalas segala yang Kau berikan
kerna aku penuh khilaf padaMu
Terkadang aku lupa
Terkadang aku alpa
Namun Engkau tak sesekali pernah melupakan diriku

Terima kasih padaMu Ya Allah
Atas segala nikmat kurniaan dariMu
TanpaMu aku umpama teraba di dalam gelap tanpa cahaya

Terangilah aku Ya Ilahi
Dengan sinar nur rahmatMu
Tunjukkan aku jalan yang diredhai
Jangan biarkan aku sendiri
Dalam menempuh liku hidup yang sementara cuma ini
Tuntunlah aku dari rebahnya dek kejahilan yang lalu
Sedarkan aku ke arah hidup yang direstuiMu

AKHIRNYA AKU BERKAHWIN

Bismillahirrahmannirrahim Alhamdulillah,pada 20 Mei 2017 akhirnya selamat diriku diijabkabulkan dengan pasanganku NUR FILZAH ...