ADAB MERISIK
Seperti
lagaknya penyiasat, bakal menantu harus juga dirisik. Adat ini juga
dipanggil meninjau atau menengok. Tujuan adat ini dilakukan adalah untuk
memastikan bahawa gadis yang dihajati oleh seorang lelaki itu masih
belum berpunya. Ini penting, kerana dalam Islam seseorang itu dilarang
meminang tunangan orang. Di samping itu, adat ini juga bertujuan untuk
menyelidik latar belakang si gadis berkaitan kemahiran rumahtangga, adab
sopan, tingkah laku, paras rupa serta pengetahuan agamanya.
Kadang-kadang secara berjenaka kebolehan seseorang memasak juga ditanya.
Jika seorang perempuan itu diketahui sudah tidak dara lagi, nilai
hantaran belanja kahwinnya akan terjejas. Lazimnya adat ini akan
dijalankan oleh saudara mara terdekat pihak lelaki seperti ibu atau bapa
saudaranya. Sebelum datang biasanya jumlah rombongan pihak lelaki akan
ditetapkan dengan pihak wanita.
Bagi pihak si
gadis pula, terdapat beberapa kriteria yang perlu dipertimbangkan
sebelum menerima lamaran pihak lelaki antaranya ialah lelaki tersebut
perlulah mempunyai latar belakang agama serta mempunyai pekerjaan yang
baik serta mampu menyara wanita terbabit.
Adakalanya
semasa merisik, wakil lelaki tersebut akan memberikan sebentuk cincin
tanya berupa cincin belah rotan dan jika pihak gadis bersetuju mereka
akan menetapkan tarikh untuk peminangan dan juga perkahwinan. Ada
kalanya hantaran untuk perkahwinan juga ditetapkan. Ada sesetengahnya
juga membawa beberapa dulang hantaran. Merisik ini biasanya dilakukan
oleh mereka yang berasal dari utara Semenanjung. Sesetengah pihak
menganggap upacara ini tidak perlu diadakan kerana kadangkalanya
pasangan telah keluar bertahun-tahun dan amat dikenali oleh ibubapa
masing-masing. Oleh sebab itu adat merisik jarang dilakukan lagi,
justeru itu mereka akan terus menjalankan adat meminang untuk
menjimatkan kos dan masa.
Cincin belah rotan yang dibawa semasa merisik
ADAB BERTUNANG
Setelah
diketahui bahawa gadis tersebut belum berpunya, pihak keluarga lelaki
akan menetapkan hari untuk menghantar satu rombongan peminangan. Urusan
peminangan akan dilakukan oleh kaum keluarga terdekat pihak lelaki. Adat
ini dilakukan bagi menyatakan tujuan mereka yang sebenarnya secara
rasmi. Jika tidak dibincangkan di majlis merisik atau majlis merisik
tidak dilakukan, hantaran, tarikh dan jumlah rombongan yang akan datang
untuk upacara akad nikah akan dibincangkan.
Pihak lelaki
akan diwakili oleh ahli keluarga dan saudara mara terdekatnya untuk
upacara bertunang. Pada hari tersebut, majlis kenduri/jamuan ringkas
akan diadakan bersempena pertunangan tersebut di rumah pihak perempuan.
Hantaran yang terdiri daripada tepak sirih atau sirih junjung sebagai
bingkisan utama, sebentuk cincin beserta hantaran lain seperti bunga
rampai, buah-buahan, kuih-muih, pakaian dan lain-lain yang telah digubah
akan diberi kepada pihak perempuan.
Sirih junjung
Mengikut
adatnya juga, sekiranya pihak perempuan mempunyai kakak yang masih belum
berkahwin, hantaran untuknya juga turut diberikan. Adat ini dipanggil
langkah bendul. Bilangan hantaran agak unik kerana jumlahnya ganjil
iaitu samada lima, tujuh, sembilan, sebelas atau tiga belas, kerana
jumlah genap dikatakan memberi implikasi yang tidak baik. Jumlah
hantaran yang diberi oleh pihak perempuan pula akan melebihi jumlah
hantaran pihak lelaki. Adat menghantar belanja turut diadakan semasa
adat bertunang ini dijalankan. Namun begitu ada juga yang menjalankannya
secara berasingan daripada adat bertunang iaitu mengadakannya beberapa
minggu sebelum majlis persandingan dijalankan.
Upacara ini
akan dimulakan dengan wakil pihak lelaki menyerahkan tepak sirih kepada
wakil pihak perempuan dan menyatakan lamaran mereka secara rasmi. Pantun
sering digunakan dalam upacara ini bertujuan untuk memeriahkan majlis.
Setelah pertunangan diterima secara rasmi, wakil kedua belah pihak akan
berbincang tentang belanja perkahwinan, tempoh pertunangan dan lain-lain
hal yang berkaitan. Tempoh bertunang lazimnya dalam masa setahun
ataupun mengikut persetujuan kedua belah pihak. Satu perkara yang turut
dititikberatkan ialah berkenaan putus tunang. Sekiranya pihak lelaki
yang memutuskan pertunangan tersebut, semua wang hantaran dan belanja
yang diberi kepada pihak perempuan dikira hangus, sebaliknya jika pihak
perempuan yang berbuat demikian, semua hantaran harus dikembalikan
sebanyak dua kali ganda.
Acara
kemuncak majlis pertunangan adalah adat sarung cincin di mana wakil
pihak lelaki yang terdiri dari ibu atau saudara perempuannya akan
menyarungkan cincin pertunangan atau cincin tanda ke jari manis gadis
yang dilamar. Setelah itu rasmilah sudah pertunangan tersebut.
Tunang Mengikut Syariat Islam. Baca artikel ini. Dipetik dari www.yadim.com.my
KURSUS KAHWIN
Perkara
yang paling penting dalam persiapan perkahwinan ialah memastikan anda
telah mendapat kelulusan untuk berkahwin daripada Jabatan Agama kawasan
anda, contohnya ialah JAWI, JAIS, MAIK dan sebagainya. Tapi sebelum anda
membuat permohonan untuk berkahwin, ada beberapa prosedur yang mesti
diikuti antaranya ialah mengikuti kursus kahwin.
Kursus
Perkahwinan - Ada dua jenis kursus perkahwinan iaitu kursus yang
dikendalikan oleh Jabatan Agama dan kursus oleh pihak swasta. Walaupun
kedua-dua kursus ini hampir serupa tetapi anda dinasihatkan supaya
mengambil kursus yang dikendalikan oleh Jabatan Agama kerana ia mungkin
memudahkan langkah seterusnya. Bakal pengantin yang mengambil kursus
swasta mungkin ditemuduga oleh Jabatan Agama ketika membuat permohonan
berkahwin.
Anda dinasihatkan pergi berkursus bersama-sama pasangan anda agar segala maklumat dan ilmu dapat difahami dan dimanfaat bersama. Ada baiknya jika apa yang diajar dapat dibincangkan dan dihayati keseluruhannya. Apabila selesai berkursus yang biasanya mengambil masa dua hari, anda akan menerima Sijil Tamat Kursus yang boleh diambil di Jabatan Agama. Sijil ini sah sampai bila-bila.
Anda dinasihatkan pergi berkursus bersama-sama pasangan anda agar segala maklumat dan ilmu dapat difahami dan dimanfaat bersama. Ada baiknya jika apa yang diajar dapat dibincangkan dan dihayati keseluruhannya. Apabila selesai berkursus yang biasanya mengambil masa dua hari, anda akan menerima Sijil Tamat Kursus yang boleh diambil di Jabatan Agama. Sijil ini sah sampai bila-bila.
DAFTAR KAHWIN
1. Setelah
menerima sijil, anda bolehlah mengisi borang permohonan berkahwin yang
boleh didapati dari pejabat Jabatan Agama daerah anda mengikut kad
pengenalan. Isikan lengkap dan sertakan bersama surat akuan bujang yang
dimateri dengan cap syarikat tempat anda bekerja. Kemudian dapatkan
tandatangan jurunikah atau wakil jurunikah atau ketua kariah tempat
anda. Bawa bersama dua orang saksi semasa anda mendapatkan
tandatangannya.
2. Serahkan
borang yang telah lengkap kepada bakal pengantin perempuan. Pengantin
perempuan juga perlu mengisi borang permohonan bernikah. Mereka
hendaklah memohon di Jabatan Agama mengikut alamat dalam kad pengenalan.
Selain dilampirkan dengan surat akuan bujang dan borang permohonan
pengantin lelaki, pengantin perempuan perlu membawa bersama wali dan dua
orang saksi ke pejabat Jabatan Agama ketika menyerahkan borang yang
lengkap diisi. Bagi pengantin yang akan bernikah di tempat lain, mereka
perlu merujuk pula kepada Jabatan Agama tempat tersebut.
3. Setelah kelulusan didapati, sila tetapkan tarikh akad nikah dengan jurunikah.
4. Setelah akad nikah dijalankan, sila serahkan gambar untuk urusan memohon sijil dan kad nikah.
AKAD NIKAH
Akad nikah
merupakan satu acara yang paling penting dan wajib dalam perkahwinan
masyarakat Melayu yang rata-ratanya beragama Islam. Ia bukan suatu adat
tetapi lebih kepada ajaran agama dan merupakan kemuncak kesahihan
sesuatu perkahwinan. Jika dalam kristian, "wedding vows and kissing the
bride"adalah kemuncaknya, perkahwinan dalam Islam disahkan dengan lafaz
nikah. Upacara ini dijalankan selepas segala perjanjian yang dikenakan
kepada pihak lelaki telah dilaksanakan seperti wang belanja, mas kahwin
dan barangan lain sepertimana yang dipersetujui oleh kedua belah pihak.
Akad nikah boleh dilakukan di masjid, di pejabat kadi atau pun di rumah
pengantin perempuan dan dijalankan oleh tok kadi atau imam. Di dalam
upacara akad nikah, bapa pengantin perempuan perlu menjadi wali untuk
menikahkan anaknya. Walau bagaimanapun, dia juga boleh mewakilkannya
kepada tok kadi atau imam.
Kebiasaannya
majlis akad nikah akan dijalankan di rumah pengantin perempuan sehari
sebelum majlis perkahwinan diadakan. Pada hari tersebut, pengantin
lelaki akan mengenakan baju melayu berwarna cerah (biasanya putih atau
cream) dan majlis diadakan menyerupai majlis pertunangan. Lazimnya
sementara menanti kedatangan rombongan pengantin lelaki, majlis berzanji
atau pukulan kompang diadakan. Sebelum upacara dijalankan, wang
belanja, mas kahwin dan lain-lain hantaran akan diperiksa oleh tuan kadi
dan dua orang saksi bagi pihak perempuan. Seterusnya pengantin lelaki
akan duduk di atas sebidang tikar di tengah-tengah majlis.
Dalam waktu moden ini, lelaki akan duduk di atas bantal empuk/gebu. Tapi yang hairannya Tok Kadi hanya duduk di atas hamparan biasa sahaja. Nyata sekali hanya pengantin lelaki yang diraikan. Tok imam atau tok kadi akan menemui pengantin perempuan di dalam bilik untuk bertanyakan samada dia bersetuju atau tidak dengan pernikahan itu. Tok kadi juga akan membacakan khutbah nikah dan menerangkan secara umum akan tanggung jawab suami isteri dan lain-lain hal berkaitan rumahtangga dari sudut agama. Selepas itu, tok kadi atau imam akan membacakan lafaz nikah sambil berjabat tangan dengan pengantin lelaki dan pengantin lelaki dikehendaki mengulangnya sebaik sahaja tok imam menggoncangkan tangannya. Lafaz nikah berbunyi "Aku nikahkan dikau….(nama pengantin perempuan) dengan mas kahwin sebanyak …..(mengikut negeri) tunai" dan disambut oleh pengantin lelaki dengan lafaz berbunyi "Aku terima nikahnya..(sama seperti yang dilafazkan oleh tok kadi). Saksi akan mengesahkan samada lafaz tersebut jelas didengar atau tidak, sekiranya tidak jelas, pengantin lelaki tersebut akan mengulangnya sehingga saksi tersebut berpuas hati. Doa selamat akan dibaca sejurus selepas itu sebagai tanda kesyukuran kerana kedua-dua mempelai telah selamat diijabkabul.
Dalam waktu moden ini, lelaki akan duduk di atas bantal empuk/gebu. Tapi yang hairannya Tok Kadi hanya duduk di atas hamparan biasa sahaja. Nyata sekali hanya pengantin lelaki yang diraikan. Tok imam atau tok kadi akan menemui pengantin perempuan di dalam bilik untuk bertanyakan samada dia bersetuju atau tidak dengan pernikahan itu. Tok kadi juga akan membacakan khutbah nikah dan menerangkan secara umum akan tanggung jawab suami isteri dan lain-lain hal berkaitan rumahtangga dari sudut agama. Selepas itu, tok kadi atau imam akan membacakan lafaz nikah sambil berjabat tangan dengan pengantin lelaki dan pengantin lelaki dikehendaki mengulangnya sebaik sahaja tok imam menggoncangkan tangannya. Lafaz nikah berbunyi "Aku nikahkan dikau….(nama pengantin perempuan) dengan mas kahwin sebanyak …..(mengikut negeri) tunai" dan disambut oleh pengantin lelaki dengan lafaz berbunyi "Aku terima nikahnya..(sama seperti yang dilafazkan oleh tok kadi). Saksi akan mengesahkan samada lafaz tersebut jelas didengar atau tidak, sekiranya tidak jelas, pengantin lelaki tersebut akan mengulangnya sehingga saksi tersebut berpuas hati. Doa selamat akan dibaca sejurus selepas itu sebagai tanda kesyukuran kerana kedua-dua mempelai telah selamat diijabkabul.
Ada sesetengahnya mengatakan bahawa majlis
akad nikah patut dilakukan di dalam masjid atau surau kerana tempat ini
terpelihara daripada perhiasan-perhiasan gambar atau patung yang
membawa kepada unsur-unsur syirik selain daripada masjid sebagai tempat
yang mulia. Selain daripada itu memudahkan lelaki untuk melakukan solat
sunat nikah dan sujud syukur setelah diakad nikah dan mengelakkan
percampuran bukan muhrim antara lelaki dan perempuan. Berbanding
sekiranya majlis ini dijalankan di rumah, percampuran lelaki dan
perempuan sukar dikawal. Lebih-lebih lagi sekiranya rumah pengantin
perempuan kecil dan sempit. Pada hari yang dijadualkan itu, biasanya
tetamu perempuan dan pengiring pengantin lelaki akan duduk di tempat
majlis akad nikah itu dijalankan. Ini dianggap sebagai mengganggu
pengantin lelaki kerana wanita sepatutnya mesti berada di dalam bilik
atau diasingkan dengan tirai atau sekatan supaya terlindung daripada
kaum lelaki.
Amat
mustahak calon isteri menyaksikan upacara pernikahan iaitu bersama-sama
mendengar doa, takliq dan nasihat-nasihat kadi yang menikahkan.
Manakala selepas upacara pernikahan seeloknya diiringi dengan
majlis-majlis keagamaan seperti majlis khatam Al-Quran dan majlis
berzanji bukan muzik, hiburan pancaragam atau tarian.i.
Selepas akad
nikah, pengantin lelaki akan melakukan upacara membatalkan air
sembahyang. Si suami akan menyarungkan cincin atau memakaikan rantai
kepada isterinya yang menanti di dalam bilik yang dihias indah sambil
keduanya bersalaman. Adat ini dilakukan sebagai satu simbol bahawa
pasangan tersebut telah sah diijabkabulkan. Selepas itu adat berinai
akan dijalankan di mana kedua mempelai ditepung tawar. Peralatan yang
digunakan untuk upacara ini ialah semangkuk bertih, semangkuk beras
kunyit, sepiring inai, beberapa tangkai daun seribu yang diikat dan
semangkuk air tepung tawar. Wakil kedua-dua pihak akan menjalankan adat
tepung tawar ini dengan cara mencalitkan sedikit inai dan air tepung
tawar ke tapak tangan pengantin. Beras kunyit dan bertih tadi pula
ditabur di hadapan pengantin dan juga kepada para hadirin. Bunga telur
akan diberi kepada mereka yang menepung tawar. Jumlah orang yang
menepung tawar lazimnya dalam bilangan ganjil.
BERINAI
Majlis ini tidaklah wajib, tetapi lebih kepada adat. Majlis berinai biasanya diadakan secara berperingkat-peringkat.
Berinai curi – diadakan tiga malam sebelum hari langsung untuk saudara mara terdekat sahaja.
Berinai kecil – diadakan dua malam sebelum hari langsung untuk saudara mara, jiran tetangga dan sahabat handai.
Berinai besar – diadakan satu malam sebelum hari langsung atau selepas akad nikah untuk para jemputan khas daripada pihak lelaki dan pihak perempuan.
Selepas adat
berinai besar dilakukan, selalunya pengantin lelaki tidak akan bermalam
di rumah pengantin perempuan, sebaliknya akan terus pulang ke rumah atau
pun sekiranya rombongan tersebut datang dari jauh, pengantin lelaki
akan bermalam di rumah penanggak, iaitu rumah yang berhampiran dengan
rumah pengantin perempuan.
HANTARAN KAHWIN
Hantaran
dilakukan semasa bertunang dan/atau masa akad nikah. Pada hakikatnya,
hantaran tidak diwajibkan di dalam Islam. Hantaran dari pihak perempuan
biasanya lebih daripad pihak lelaki dengan dua dulang. Jadi sekiranya
pihak lelaki menghantar 7 dulang, pihak perempuan akan membalas sebanyak
9 dulang. Jumlah hantaran adalah selalu ganjil. Selalunya hantaran
dijadikan pengukur tentang status dan "budget" perkahwinan pasangan yang
berkahwin. Oleh sebab itu industri menghias hantaran telah menjadi
semakin berkembang.
Mengikut adat
resam, menghantar belanja biasanya dijalankan terlebih dahulu dan
berasingan dengan upacara akad nikah, tetapi pada zaman sekarang,
menghantar belanja selalu dijalankan bersama dengan akad nikah dengan
tujuan menjimatkan masa dan perbelanjaan. Di antara barang-barang yang
termasuk dalam kategori wajib bagi melengkapkan sesuatu hantaran adalah
seperti berikut, dan hantaran tersebut akan turut sama diarak dengan
mempelai sebelum bersanding.
• Wang mas
kahwin dan belanja (ada yang menyerahkan wang mas kahwin tersebut terus
ke tangan isteri selepas selesai upacara akad nikah) yang diletakkan di
dalam dulang atau batil bertudung diperbuat daripada perak atau tembaga
putih.
• Sebentuk cincin permata berbatu intan atau ber1ian yang diletakkan di dalam cembul atau kotak perak.
• 2 pasang
kain dan sehelai baju dari jenis yang cukup baik dan berkualiti, dilipat
di dalam talam perak atau tembaga putih bertudung.
• Beberapa jenis kuih juadah, yang setiap satunya diletak di dalam sebuah pinggan besar bertudung dan dihias beralaskan talam.
• Beberapa jenis buah-buahan yang segar disusun di dalam bekas atau talam ditudung.
• Tepak sirih atau puan perak atau tembaga putih yang diisi lengkap.
• Satu atau dua perecik atau perenjis air mawar dan dua kaki dian atan lilin.
Semua barang
tersebut akan dibawa setiap satunya oleh seorang pemuda dan diarak
daripada rumah mempelai itu ke rumah pengantin perempuan bersama-sama
dengan mempelai yang sudah siap berpakaian lengkap Melayu asli atau
pakaian haji iaitu berserban dan berjubah bagi memulakan upacara Majlis
Akad Nikah. Mempelai dan rombongannya akan disambut oleh pihak pengantin
perempuan dan mereka akan terus dibawa naik ke rumah. Semua barang
hantaran akan diatur, biasanya di hadapan pelamin. Pelamin ialah suatu
ruang yang telah disiapkan biasanya seminggu sebelum majlis perkahwinan
berlangsung dan ia merupakan tempat di mana kedua-dua pengantin akan
bersanding di hadapan semua tetamu.
MAJLIS PERKAHWINAN
Majlis
perkahwinan juga dikenali sebagai hari langsung atau hari bersanding. Ia
merupakan kemuncak istiadat perkahwinan dan pada hari inilah pengantin
digelar raja sehari (Ratu sehari takde pulak istilah yang digunakan!)
Pada hari
tersebut, majlis diadakan secara meriah dengan dihadiri oleh sanak
saudara, jiran tetangga dan sahabat handai. Kedua-dua mempelai akan
memakai dengan pakaian pengantin, lazimnya baju songket dan dihias indah
dengan perhiasannya sekali. Tetapi dalam keadaan moden sekarang, banyak
yang menggunakan fesyen french lace dan sebagainya. Pengantin perempuan
akan diandam oleh mak andam sebelum majlis persandingan bermula. Bagi
mak andam tradisional, solekan pengantin didahului dengan jampi serapah
untuk menaikkan seri muka pengantin dan diberi makan sireh untuk
membuang perasaan gemuruh. Ada juga pengantin yang dicukur bulu kening
dan dipotong anak rambutnya supaya kelihatan lebih menarik.
Pengantin
lelaki akan diarak dengan paluan kompang dan diiringi dengan bunga
manggar dari rumah penanggak menuju ke rumah pengantin perempuan.
Kedatangan rombongan pengantin lelaki akan disambut dengan taburan beras
kunyit. Kadangkala sebelum memasuki rumah perempuan, upacara berpantun
akan dilakukan. Pengantin lelaki terpaksa melalui beberapa halangan di
hadapan tangga, di muka pintu atau di atas pelamin untuk mendapatkan
pengantin perempuan. Oleh itu wakil pengantin lelaki perlu membayar
tebus pintu atau tebus pelamin. Pengantin perempuan akan
menyambut kedatangan pengantin lelaki dan kemudiannya pasangan pengantin
akan dibawa ke halaman rumah dan duduk di tempat khas yang sediakan.
Pada kebiasaannya, persembahan pencak silat akan diadakan. Selepas itu,
pengantin akan akan dibawa naik ke rumah untuk adat bersanding pula.
Pengantin akan bersanding di atas pelamin yang dihias indah dan antara
yang terdapat di atas pelamin ialah bunga pahar. Semasa adat bersanding
diadakan, adat menepung tawar turut dilakukan. Tetamu kehormat yang
hadir biasanya akan diberikan peluang untuk melakukan upacara ini. Para
tetamu dan jemputan yang hadir juga akan diberi bunga telur atau hadiah saguhati sebagai mengingati upacara kahwin dan terima kasih kerana sudi datang.
Seterusnya, majlis makan
berdamai atau dipanggil juga makan beradab dijalankan. Majlis ini hanya
dihadiri oleh keluarga terdekat kedua-dua pihak. Ini selalu diadakan di
meja utama dengan hidangan lauk-pauk yang lebih daripada tetamu yang
hadir. Selepas majlis selesai, kedua-dua pengantin akan bersalaman
dengan kedua ibu bapa dan sanak saudara serta hadirin yang datang.
Di sesetengah
tempat, dua atau tiga hari selepas majlis perkahwinan, pasangan
pengantin tersebut akan menjalani upacara mandi sampat atau mandi
berlimau. Upacara ini dilakukan sebagai simbol kedua pengantin telah
selamat bersatu sebagai pasangan suami isteri yang sah. Dalam upacara
ini, kedua pengantin baru akan dimandikan dengan air mayang pinang, air
kelapa atau air limau. Adat ini hanya dilakukan di kalangan ahli
keluarga terdekat sahaja.
Seminggu
selepas itu, adat menyambut menantu atau mengundang menantu akan
diadakan. Di sesetengah tempat ia dipanggil majlis bertandang. Majlis
perkahwinan akan diadakan pula di rumah pengantin lelaki tetapi
sambutannya tidaklah semeriah majlis di rumah pengantin perempuan. Ada
juga yang menjalankan majlis bertandang ini dengan hanya mengadakan doa
selamat yang dihadiri oleh saudara mara dan jiran sekampung tanpa
mengadakan majlis persandingan.
Setelah
beberapa hari di rumah pengantin lelaki, pasangan suami-isteri tersebut
akan dibawa melawat ke rumah kaum keluarga dan sanak saudara. Tujuannya
adalah untuk merapatkan hubungan silaturrahim di samping kedua pengantin
dapat berkenal-kenalan dengan keluarga kedua belah pihak.
Nota : dari blog saudara seislam..sowi..nak buat panduan