Wednesday, 15 October 2014
KISAH MIRIP DENGAN KITA AMBE CUMA ADA BEZA SIKIT
Kisah Sedih Adik Amira Bawa Bekal Nasi
Goreng Guna Bekas Sabun Axion
Kisah ini benar-benar menyentuh hati
bagi sesiapa sahaja yang membacanya. Membaca kisah kesusahan orang lain
tanpa kita menduga air mata ini mengalir.
Cerita ini mengisahkan tentang dua orang
sahabat baik. Ia telah diceritakan oleh seorang ibu yang mana anaknya
ada berkawan dengan seorang perempuan yang bernama Amira (bukan nama
sebenar). Semuanya bermula dengan kisah nasi goreng.
Begini kisahnya..waktu rehat di sekolah
anak saya akan makan bekal yang dibawa dari rumah, makan bersama-sama
kawannya Amira di kantin sekolah. Anak saya selalunya akan bawa nasi
goreng dan Amira selalunya bawak roti kosong 2 keping yang dibungkus
dalam plastik. Roti itu dia akan cicah dengan air sirap yang dia bawa
dari rumah.
Itulah rutin bekalan harian yang di bawa
oleh Amira setiap hari. Anak saya pun selalunya memang bawa nasi goreng
sebab itu memang kesukaan dia. Amira memang suka sangat makan nasi
goreng tu dan anak saya tak kisah untuk berkongsi nasi bersama-sama.Dia
memang hari-hari bagi Amira makan nasi goreng tu.Mungkin Amira dah jemu
agaknya, hari-hari bawak roti kosong cicah air sirap jer.
Suatu hari..anak saya bersuara kepada
Amira. “Mira..aku teringin nak makan nasi goreng ko..ko asyik bawak roti
jer..apa kata esok kita bawak nasi goreng sama-sama nak.. Nanti kita
makan tukar-tukar kat kantin..”
Amira termenung..nampak muka dia macam tak sedap.
“ Alahh..tak nak lah..nasi goreng aku tak sedaplah, mesti ko tak nak makan nanti”
“Ala, ko bawa jelah, belum bawak, dah kata nasi goreng ko tak sedap..ko bawak je lah..mesti sedap punya.”
“Ok lah,ko punya pasal esok aku bawak ya.Aku bawak nasi goreng special untuk ko.”
Yeeaaahhh..anak saya suka sangat bila Amira bersetuju nak bawak nasi goreng esoknya.
Sampai di rumah,malam hari sebelum tidor
Amira cakap kat mak dia yang esok dia nak bawak bekal nasi goreng.Dia
tak mahu bawa roti kosong 2 keping tu.
Keesokkannya dalam dalam kelas..anak saya bertanya Mira.
“Mira ko bawa nasik goreng tak..?”
“Aku bawak ni”.Mira senyum..
“Ok..cayalah..tak sabar nak makan nasi goreng ko Mira oiii.”
Tepat pukul 10.00 pagi loceng rehat
bunyi,mereka berdua berlari ke kantin..nak tukar-tukar nasi. goreng..
Sampai di kantin. Anak ku membelikan air minuman untuk mereka minum
bersama.
“Jom kita buka bekal sama-sama.”
Anak ku mengeluarkan bekas nya.Amira pun
keluarkan ‘bekas’ nasi goreng dia dari dalam beg plastik. Tiba-tiba
mata anak saya tidak berkelip..
“Amira mana nasi goreng ko? Ko bawa apa ni..?”
“Ni lah nasi goreng aku..ko buka je lah..”
Tuan/Puan nak tau..? Nasi Goreng tu diletakkan dalam bekas sabun Axion pencuci pinggan cap Lemon bekas warna kuning tu.
“Amira..kenapa ko letak nasi goreng dalam bekas Axion ni..? Mak ko tak marah ker..? Tak rasa sabun ke nanti..?”
“Tak lah.mak aku yang bubuh dalam bekas
tu.Kat rumah aku mana ada tupperware macam ko..memang kami pakai balik
bekas sabun tu, dah biasa dah pakai bekas macam ni”
Air mata anak saya mula bergenang..tunggu masa untuk tumpah..
“Mira,kenapa ko tak cakap yang ko tak de
bekas untuk bawak nasi ni.aku boleh bagi ko bekas.kenapa ko tak cerita
dengan aku Mira.ko ni kan..”
Mira tunduk..tolong jangan nangis boleh
tak..? Semalam ko yang cakap ko nak makan sangat nasi goreng aku kan?
Sekarang aku dah bawak apasal ko nangis plak..?? Makan je lah..
“Mira..aku rasa bersalah sangat sebab
menyusahkan ko.Tak pe lah Mira jom kita makan..ko makan nasik goreng aku
ya..aku nak rasa nasi goreng ko..”
“Ehhh..tak per..tak per..ko makan jer nasik goreng ko..nasi goreng aku tak sedap..bubuh dalam bekas sabun plak tu..”
“Mira..jangan ckp mcm tu..bak sini aku rasa nasi goreng ko.”
Anak saya pun makan rasa sesudu..memang
betul pun..tak sedap..nasi goreng Amira putih meleset..tak de
rencah..tak de rasa pun..tawar je..tapi anak saya tak kisah..dia tak
komplen pun..
Cuma masa Mira suap nasi goreng tu..air
mata dia pulak berlinang..anak saya tanya kenapa ko menangis.Dia cakap
tak ada apa.Tak pe lah.Kita makan aje lah.
Semasa anak saya cerita kisah ini kepada
saya,.saya menangis.Tapi saya tidak menangis semasa itu,saya tidak mahu
menangis didepan anak sayaSaya kuatkan semangat untuk mendengar cerita
dia sampai habis..
Selesai anak saya bercerita..saya cakap kat anak saya.
“Esok bawak bekas tupperware kat dapur tu..bagi kat Amira ya..cakap kat Amira bekas ni hadiah dari keluarga kita.”
Kemudian saya bangun terus keluar
tengok-tengok kereta.Sebenarnya bukan saya tengok kereta,saya menangis
semahunya kat tepi keta tu.Tak sangka sangat,dizaman moden ni masih ada
lagi anak-anak kita yang hidup menderita,sedih dan sayu hati ni.
Kepada orang kaya di luar
sana,ingatlah.Dalam kemewahan yang kamu kecapi sekarang ni ada saudara
kita yang hidup dalam keadaan memilukan. Saya berdoa kepada Allah,agar
semua orang yang tidak berkemampuan ini di murahkan rezeki oleh Allah
dan ditabahkan hati mereka dalam menghadapi segala dugaan..Aminnn..
Kisah di atas seperti miripnya dengan kisah pemilik blog ni..Kerna semasa saya di zaman sekolah rendah dulu ( SRK Jerantut ) pernah membawa bekas Axion yang berisi nasi goreng.Pernah juga ditertawakan kawan-kawan.Tapi saya tak kisah dengan ejekan itu.Mungkin tak pernah tengok orang bawak bekas Axion.Semoga Allah mengampuni dosa kawan-kawan yang pernah mengejek dulu.
Dan semoga Allah memberi rahmat dan kekayaan kepada adik Amira dan keluarganya dunia akhirat.
Tuesday, 14 October 2014
Thursday, 9 October 2014
Tuesday, 7 October 2014
TO YOU YA ALLAH
I faced in the dark
Nothing I can see it
Except gracefully from You Ya Allah
Tomorrow or later
Forgive my mistake
Protecting me from all lies
You give me happiness
You give smillies
Make me forever
Your abd always in Taubat
Forgive me Ya Allah
Which always hurt You
When U giving me gracefully
Lonely i pray to You
Friday, 3 October 2014
AnNazofatul Qolb Bil Qiraatil Al-Quran
\
Membersihkan hati dengan membaca al-Quran
BAGAIMANA hendak membersihkan hati yang kotor?
Rasulullah s.a.w pernah bersabda maksudnya:
BAGAIMANA hendak membersihkan hati yang kotor?
Rasulullah s.a.w pernah bersabda maksudnya:
"Bahawa hati itu berkarat, seperti berkaratnya besi." Lalu orang bertanya, "Wahai Rasulullah, bagaimana membersihkanya?"
Jawab Rasulullah: "Membaca al-Quran dan mengingati mati."
Al-Quran diturunkan oleh Allah swt tidak lain untuk memberi petunjuk kepada kita umat Nabi Muhammad s.a.w kejalan kebenaran..dan membersihkan hati kita drpda kejahatan dan bisikan syaitan.
Jawab Rasulullah: "Membaca al-Quran dan mengingati mati."
Al-Quran diturunkan oleh Allah swt tidak lain untuk memberi petunjuk kepada kita umat Nabi Muhammad s.a.w kejalan kebenaran..dan membersihkan hati kita drpda kejahatan dan bisikan syaitan.
Dekati diri dengan Al-Quran,Insyallah terang hati..
SALAM AIDILADHA 1435H
Assalamualaikum..
Selamat hari Wuquf pada 8 Zulhijjah 1435H buat para umat yang menjadi tetamu Allah di Makkatul Muaqarammah.Moga mendapat haji yang mabrur.Dan juga Selamat Menyambut Hari Raya Qurban buat semua sahabat2 dan semoga sentiasa berada di bawah keredhaan Allah SWT..
Selamat hari Wuquf pada 8 Zulhijjah 1435H buat para umat yang menjadi tetamu Allah di Makkatul Muaqarammah.Moga mendapat haji yang mabrur.Dan juga Selamat Menyambut Hari Raya Qurban buat semua sahabat2 dan semoga sentiasa berada di bawah keredhaan Allah SWT..
Subscribe to:
Posts (Atom)
AKHIRNYA AKU BERKAHWIN
Bismillahirrahmannirrahim Alhamdulillah,pada 20 Mei 2017 akhirnya selamat diriku diijabkabulkan dengan pasanganku NUR FILZAH ...
-
Assalamualaikum.. Malam ni tak ada apa yang dikongsi.Cuma nak share buat semua pecinmta deco home.Setuju tak kalau ruang tamu rumah kita d...
-
Daripada Abu Hurairah r.a beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda: "Sebahagian daripada keelokan seorang mukmin ialah meninggalk...
-
Daripada Abu Zar Jundub ibn Junadah dan Abu Abdul Rahman Mu’az ibn Jabal, r.a. daripada Rasulullah SAW, bahawa Baginda bersabda: Bertaqwa...